Unit Pengurusan (Portfolio) Negeri

UPPN berperanan memberi khidmat sokongan kepada Pengarah JKR Negeri dalam pelaksanaan dasar pengurusan projek, amalan terbaik pengurusan projek dan memantau serta melapor prestasi projek di bawah seliaan JKR Negeri dan Daerah.

Tugas dan tanggungjawab UPPN adalah seperti berikut :

1. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Ibu Pejabat JKR dalam memantau pelaksanaan Pengurusan Projek oleh JKR di peringkat Negeri.

2. Memberi khidmat perundingan dan nasihat teknikal kepada JKR Negeri dalam pengurusan projek di peringkat Negeri dan Daerah.

3. Mengurus pembangunan kompetensi dalam Amalan Terbaik Pengurusan Projek di peringkat Negeri dan Daerah.

4. Memastikan pelaksanaan Amalan terbaik Pengurusan Projek dalam projek-projek JKR di peringkat Negeri dan Daerah.

5. Mengkaji dan mencadangkan keperluan sumber manusia bagi pelaksanaan projek di peringkat Negeri dan Daerah.

6. Melaksanakan kawalan projek di peringkat Negeri dan Daerah melalui kaedah pemantauan dan pelaporan dengan menggunakan system dan aplikasi terkini (contoh : SKALA, Dashboard, dan sebagainya)

7. Menilai dan melapor pencapaian KPI dan inisiatif Kerangka Strategik JKR berkaitan pengurusan projek di peringkat Negeri dan Daerah.

8. Mengurus pelaksanaan program Project Health Check (PHC) dan Intervensi di peringkat Negeri dan Daerah.

9. Melaksanakan analisis dan kajian melalui Pelaporan Nilai (Value Reporting) di peringkat Negeri dan Daerah.

10. Mengumpul dan melapor maklumat berkaitan pengurusan projek mengikut keperluan Sistem ”Star Rating” (SSR).

11. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Penilai Program Kerja peringkat Negeri.

12. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa ‘Problem Solving Governance’ (PSG) JKR Negeri.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 11 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web