Fungsi

MEMBUAT PERANCANGAN STRATEGI PENGURUSAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan perancangan strategi, iaitu pelan stratigi pengurusan Aset (PSPA) (Operasi) disedia dan ditadbir urus bagi mencapai objektif yang ditetapkan; dan
  • Memastikan perancangan dan kawalan perbelanjaan pengurusan aset dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

MELAKSANAKAN AUDIT PENERIMAAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan penerimaan aset menepati piawaian, kehendak keselamatan, fungsi yang ditetapkan dan boleh disenggara dengan berkesan

MEMBANTU MEMBUAT AUDIT PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB OPERASI DAN PENYELENGGARAAN ASET PELANGGAN

  • Memastikan tahap fizikal aset dari agensi pemilik yang akan dipertanggungjawabkan penyelenggaraannya kepada JKR hendaklah dalam keadaan yang baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Bagi penyelenggaraan jalan prosedur ini bertujuan membantu Pegawai Perancangan Dan perolehan Fasiliti (PPPF) dalam merancang, menyedia dan melaksanakan proses penyerahan yang melibatkan pemeriksaan kualiti kerja yang mengikut spesifikasi dan pengumpulan dokumen yang telah ditetapkan bagi tujuan penyerahan projek jalan persekutuan yang telah siap dibina kepada Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ) bagi tujuan penyelenggaraan.

MEMBUAT PENDAFTARAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan setiap aset didaftarkan dan diberi Nombor Identifikasi Daftar Premis Aset (No. DPA) dan Daftar Aset Khusus (DAK) yang unik; dan
  • Mewujudkan pangkalan data aset yang lengkap, tetap dan terkini dalam bentuk digital atau Cetakan

MENJALANKAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan operasi dan penyenggaraan aset dapat dilaksanakan dengan sistematik dan komprehensif dengan mengambil kira perancangan aktiviti dan belanjawan tahunan yang diperuntukkan

MELAKSANAKAN PENILAIAN KEADAAN/ PRESTASI ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan bahawa keadaan/ prestasi aset sentiasa berada pada tahap yang optimum dan boleh diharapkan;
  • Memastikan bahawa aktiviti penilaian keadaan/ prestasi aset dilakukan dengan lebih sistematik cekap dan berkesan; dan
  • Menyediakan Laporan Perakuan Tindakan Susulan supaya tahap perkhidmatan aset memenuhi objektif organisasi

MEMBUAT PERANCANGAN DAN MELAKSANA KERJA PEMULIHAN/ UBAHSUAI/ NAIKTARAF

  • Memastikan aset yang dipulih/ubah suai/naik taraf menepati piawaian dan fungsi yang telah ditetapkan atau dikehendaki;
    Memastikan aset yang dipulih mencapai matlamat asal;
  • Memastikan aset yang diubah suai mencapai matlamat yang ditetapkan; dan
    Memastikan aset yang dinaik taraf dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan

MEMBUAT PELUPUSAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan semua aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan dilupuskan;
  • Memastikan aset dilupuskan dengan cara yang betul dan sistematik serta mendapatkan hasil/pulangan yang terbaik; dan
  • Membatalkan Perwataan Jalan Persekutuan mengikut Akta Jalan Persekutuan (1959)

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web