[DITUTUP] Pendaftaran Cabutan Kerja Undi JKR Johor Tahun 2020

Pin It

2020 06 28 Pengumuman Kerja Undi 2

(Pastikan tuan/puan terlebih dahulu membaca setiap kenyataan sebelum membuat permohonan)

Jabatan Kerja Raya Johor ingin memaklumkan dan mempelawa Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CDIB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dalam kelas G1 dalam kategori dan Pengkhususan berikut untuk Menyertai Cabutan Kerja Undi JKR Johor bagi Tahun 2020. Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi berkuatkuasa. Oleh itu, Pendaftaran adalah dibuat melalui atas talian yang akan dibuka pada 1 JULAI 2020 (RABU) MULAI JAM 12.00 TENGAHARI SEHINGGA 2 JULAI 2020 (KHAMIS) TAMAT JAM 12.00 TENGAHARI (24 JAM SAHAJA).

Dalam proses pendaftaran, Kontraktor adalah dikehendaki untuk MEMUATNAIK (UPLOAD) keperluan dokumen berikut. Tempoh masa pendaftaran adalah 24 jam sahaja. Hanya dokumen dalam bentuk pdf dan jpg sahaja. Pastikan semua dokumen lengkap dan tersedia untuk dimuatnaik (Upload). :-
                    1. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang - dalam 1 page)
                    2. Perakuan/Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang dikeluarkan oleh CIDB
                    3. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB
                    4. Sijil Taraf Bumiputra (STB) dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU)
                    5. Swafoto Pemohon bersama Kad Pengenalan (sebagai pengesahan Pemohon adalah pemilik)

* Segala maklumat-maklumat yang berikan adalah BENAR. Wakil kontraktor adalah tidak dibenarkan. Hanya penama/pemilik yang SAH sahaja seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran boleh membuat permohonan. Pihak Jabatan berhak menolak penyertaan sekiranya maklumat yang diberikan adalah PALSU dan membatalkan penyertaan jika mendapati pemohon mewakili BAGI PIHAK YANG LAIN.

* Kontraktor yang layak ke Peringkat Cabutan Undi akan menerima emel Dokumen Sebut Harga Kerja Undi sebelum pengesahan dan berminat, Pejabat ini akan mengeluarkan Nombor Cabutan, Tarikh dan Masa Cabutan Undi. Pastikan alamat emel adalah betul dan emel merupakan emel rasmi syarikat.

* Cabutan Kerja Undi akan disiarkan secara LANGSUNG (LIVE) menerusi Laman Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya Johor. Sebarang pertanyaan mengenai proses pendaftaran Sila hubungi 07-2666987 / 6947 (waktu 9.00 pagi - 3.00 petang), bagi pertanyaan mengenai kerja sila hubungi Pejabat JKR Daerah masing-masing.

*PERHATIAN*
Pendaftaran untuk Cabutan Kerja Undi TELAH DITUTUP JAM 12.00 TENGAHARI (2 JULAI 2020). Terima kasih diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah mendaftar. Untuk makluman, hanya kontraktor yang layak sahaja akan menerima emel daripada pihak JKR. Jika tidak menerima emel selepas tarikh 8 Julai 2020, bermakna anda tidak layak/tidak memenuhi kreateria untuk ke peringkat Cabutan Kerja Undi.

Bil Kenyataan Sebut Harga Kategori / Pengkhususan Kos (RM) Daerah Klik
Mohon
1. Kerja-kerja Menaiktaraf Ruang Dapur dan Tandas, Kerja Lantai dan Kerja Mengecat di JKR 564-1 & 2, JKR 793 & 795, 592-1, Kuarters Kota Kecil serta lain-lain kerja yang berkaitan  B24 50,000 Kota Tinggi DITUTUP
2. Kerja-kerja Membaikpulih JKR 528, 529 & 531 Kuarters JKR Kota Kecil, Kota Tinggi, Johor B24 & B15 100,000
3. Kerja-Kerja Membaiki Pagar dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Kuarters Persekutuan JKR Daerah Tangkak B24 100,000 Tangkak DITUTUP
4. Kerja-kerja Penyelenggaraan Pemasangan Pagar Bagi Tujuan Keselamatan di Kuarters JKR Batu 22, Mukim Kahang, Kluang, Johor B04 100,000 Kluang DITUTUP
5. Kerja-kerja Penyelenggaraan Pemasangan Pagar bagi Tujuan Keselamatan di Kuarters JKR Jalan Perigi Raja, Bandar Renggam, Kluang, Johor B04 100,000
6. Penyenggaraan Bumbung Bocor dan Lain-lain Kerja yang berkaitan di Kuarters Senggarang, Batu Pahat CE21 50,000 Batu Pahat DITUTUP
7. Kerja-kerja Infra Kuarters JKR Persekutuan Ayer Hitam Jalan Kluang, 86100 Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor CE21 100,000
8. Kerja-kerja Penyelenggaraan Ruang Kaunter Import dan Eksport Serta Kerja-kerja berkaitan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, Johor B24 40,000 Johor Bahru DITUTUP
9. Kerja-kerja pembaikan Sistem Perpaipan Rektikulasi Air di Kuarters JKR Elektrik di Batu 10 Skudai dan Lain-lain kerja yang berkaitan CE21 100,000
10. Kerja-kerja Pembaikan Bumbung dan Tandas Serta Lain-lain Kerja Berkaitan di Kuarters Persekutuan Pesta Jalan Bakri, Muar B04 & B15 100,000 Muar DITUTUP

Back to Top

3375

Pin It

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 06 Julai 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web