Bismillah hirahmanirahim..
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia
Pertama sekali saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Rasmi JKR Daerah Mersing. Dengan kerjasama dan kesungguhan mereka, Laman Web Rasmi JKR Daerah Mersing dapat dibangunkan sebagai sumber rujukan dan maklumat JKR keseluruhannya.
Dengan adanya Laman Web ini, kakitangan JKR Mersing dan semua pelanggan akan dapat berkongsi sebarang maklumat dengan lebih mudah dan cepat, menepati hasrat kerajaan yang mahu menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada budaya kerja dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kakitangan awam.
Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan yang terlibat. Dalam keghairahan mengecap kejayaan yang bermakna ini, kita tidak harus lupa untuk mendidik generasi baru untuk meneruskan usaha kita ini.. Disamping itu, pelbagai artikel akan di muatkan dari masa ke semasa untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang melayari laman ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat laman web ini tidak kira dimana juga anda berada. Sebarang komen dan cadangan adalah dialukan-alukan.
Akhir sekali, saya amat berharap Laman Web ini akan sentiasa dapat dikemaskinikan dan ditingkatkan dengan pelbagai aplikasi khasnya untuk kegunaan kakitangan JKR Daerah Mersing dan semua warga JKR Malaysia. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini laman ini dan mengadakan laporan langsung dari majlis tertentu yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya. Dengan usaha serta kreativiti yang berterusan tentnya Laman Web ini akan sentiasa menarik dan terus ingin dilayari oleh semua kakitangan dan pelanggan- pelanggan JKR sebagai sumber rujukan dan maklumat mereka.
Sekian, terima kasih.
Mohd Idham Bin Mokhtar
Jurutera Daerah
JKR Daerah Mersing
SEJARAH PENUBUHAN JKR (D) MERSING |
|
|
|
|
|
BIL | NAMA JURUTERA | TEMPOH |
1 | IR. TAN YAN FATT | 01.04.1972 – 30.06.1976 |
2 | IR. KONG MENG KUAT | 01.07.1976 – 04.05.1977 |
3 | IR. T. SELVANAYAGAM | 05.05.1977 – 04.08.1978 |
4 | IR. JAMIL BIN ABDULLAH | 06.08.1978 – 15.06.1980 |
5 | IR. KHAIRI BIN AMBRAN | 16.06.1980 – 30.09.1981 |
6 | IR. ZAINUDDIN BIN GHAZALI | 01.10.1981 – 15.09.1984 |
7 | IR. YUSOF BIN AMIR | 16.09.1984 – 15.06.1984 |
8 | IR. HASSAN BIN LONG AHMAD | 16.06.1984 – 15.06.1991 |
9 | IR. LANDONG BIN WAKIMIN | 01.10.1996 – 30.04.2000 |
10 | IR. ZAINAL ARSAD BIN MD. AMIN | 01.05.2000 – 31.08.2000 |
11 | IR. MOHAMAD SALLEH BIN ABU BAKAR | 01.09.2000 – 31.05.2007 |
12 | MOHD. NAZRI BIN ALI | 01.06.2007 – 13.07.2011 |
13 | ABDUL HALIM BIN DAUD | 01.07.2011 – 15.09.2012 |
14 | MOHAMMAD KAMAL BIN A. RAHMAN | 16.09.2012 - 16.09.2015 |
15 | MOHAMAD KAMAL BIN MOHD RAUDZI | 16.09.2015 - KINI |
Pejabat Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Mersing
No 1000, Jalan Pancur
86800 Mersing
Johor Darul Ta'zim.
No. Tel : 07-7994040 / 07 - 7994877 (Jurutera Daerah)
Fax : 07-7994877
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.