•  

    download

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
    Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata-kata aluan di ruangan ini.

    Sebagaimana sedia maklum, Laman Web Jabatan merupakan media untuk menyampaikan maklumat-maklumat, risalah-risalah, program-program dan apa juga perkara yang melibatkan Jabatan kepada umum khususnya kakitangan Jabatan dan pelanggan serta orang awam yang berurusan dengan Jabatan ini.

    Saya dengan penuh yakin dan percaya, melalui laman web ini juga kakitangan akan mendapat faedah perkongsian pengalaman di samping memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan persefahaman di kalangan warga JKR (D) Segamat.

    Semangat berpasukan amatlah penting kerana ianya akan mengukuhkan sesebuah organisasi dan menjadikannya sebuah organisasi yang efisien dan cemerlang sepertimana dapat dibuktikan dalam JKR (D) Segamat sendiri yang kini mempunyai pengalaman melebihi 80 tahun (sejak tahun 1933).

    Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Jawatnkuasa Laman Web dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Laman Web JKR (D) Segamat ini. Semoga segala usaha anda semua diberkati Allah S.W.T.

    Sekian, terima kasih.

    AZMAN BIN ISMAIL
    JURUTERA DAERAH
    JKR SEGAMAT

     

  • Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat (Public Work Department) telah dibina pada tahun 1959. Jabatan Kerja Raya pada ketika itu mempunyai beberapa bahagian seperti Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Air dan diterajui oleh Jurutera Daerah, Pembantu Teknik Jalan, Pembantu Teknik Bangunan dan Pembantu Teknik Air serta disokong oleh Bahagian Pentadbiran, Woksyop, Stor dan beberapa cawangan-cawangan kecil bagi mengendali dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Air.

    JKR Daerah Segamat telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kerja-kerja luar dan dalam bandar, yang mana merangkumi kerja-kerja perancangan, membina baru dan juga pembaikan dan penyelnggaraan jalan, bangunan dan membekal air bersih bagi projek-projek Persekutuan dan juga Negeri.

    Memandangkan keperluan semasa, perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan, di mana pembangunan jalan di dalam kawasan bandar, dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Bahagian Air telah diswastakan.

    Pembangunan Daerah Segamat mengikut program-program Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari tahun 1959 hingga kini telah dilaksanakan dengan diterajui oleh beberapa orang Jurutera Daerah yang berpengalaman luas.

  •  (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    carta org segamat

     

  • Senarai Jurutera Daerah

    BIL  NAMA JURUTERA TEMPOH PERKHIDMATAN
    1  MR. J. K. KENEE  1933
    2  MR. J. M. BELLING  1938
    3  MR. S. A. JORDAN  1940
    4  MR. DAVIS  1951
    5  EN. ABD. HAMID BIN ABDULLAH  1951
    6  MR. F. J. HOWE  1954
    7  MR. A. J. COLMAN  1954 – 1956
    8  MR. J. B. REEVE  1956
    9  IR. MOHD. YUSOF BIN M. YUNOS  20.7.59 – 10.3.62
    10  IR. EDWARD CHEAH SIAN SIEW  11.3.62 – 27.5.64
    11  IR. T. A. JEGARAJ  1.6.64 – 30.5.65
    12  IR. ALEXIUS LOO YEW ANN  1.6.65 – 7.1.69
    13  IR. FOO CHEE ENG  8.1.69 – 26.1.70
    14  IR. SOH BEE KOON  27.7.70 – 12.4.72
    15  IR. A. NARAYANAN  13.4.72 – 17.8.72
    16  IR. KHOO HENG CHOON  18.8.72 – 30.4.74
    17  IR. WONG SIE NING 1.5.74 – 30.9.76
    18  IR. YUSOF BIN HASHIM 1.10.76 – 8.7.78
    19  IR. AKHBAR BIN JOHARI 8.7.78 - 20.10.78
     20  IR. TAN KENG HONG 16.4.79 – 8.1.80
     21  IR. ISMAIL BIN MOHD YUSOFF  9.1.80 – 31.12.81
     22  IR. SYED SETH BIN SYED A. RAHMAN 1.1.82 – 31.3.89
     23  IR. ABD. LATIF BIN HJ. MOHD DEWA 16.5.89 – 16.6.92
     24  IR. AZMI BIN YUSOF 17.6.92 – 16.12.92
     25  IR. RAMLI BIN OSMAN 17.12.92 – 31.10.96
     26  IR. NAZARI BIN HASHIM 1.11.96 – 15.1.2002
    27  IR. HJ. ASRARUDDIN BIN JAAFAR 16.1.2002 – 15.12006
    28  TUAN HAJI MOHD. ALI BIN DERAMAN 16.1.2006 – 30.4.2007
    29  IR. AZIZAN BIN DAHARI  1.5.2007 – 21.10.2013
    30  MOHD. ISA BIN SULAIMAN 22.10.2013 - 29.2.2016
    31 AZMAN BIN ISMAIL 1.3.2013 - KINI
  • PEJABAT JURUTERA DAERAH
    Jabatan Kerja Raya (D) Segamat,
    85000 Segamat,
    Johor Darul Ta'zim.

    Tel. : 07-9314040 / 4042
    Faks. : 07-9310333
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web