Info Bangunan Persekutuan

Bangunan-bangunan Persekutuan pada asalnya dibina di Ibu Negara, Kuala Lumpur yang bersesuaian dengan peranannya dimana Pejabat Menteri, Kementerian dan semua Ibu Pejabat Jabatan ditempatkan di Kuala Lumpur. Setelah Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dikembangkan kepada peringkat Negeri dan Daerah demi meningkatkan kualiti sistem penyampaian kepada rakyat, jabatan-jabatan tersebut ditempatkan di bangunan-bangunan persendirian yang disewakan kepada jabatan kerajaan ini di peringkat Negeri dan Daerah. Urusan penempatan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Pengurusan Hartanah. Melihatkan kepada jabatan-jabatan Persekutuan yang hanya menyewa bangunan-bangunan persendirian yang menimbulkan pelbagai masalah dan peningkatan kos pengurusan saban tahun, disamping sukar untuk menyelaras aktiviti jabatan atau agensi Persekutuan di peringkat Negeri dan Daerah, maka timbul keperluan pembinaan kompleks-kompleks kerajaan yang boleh menempatkan agensi-agensi kerajaan secara berkelompok.

 

Keperluan pembangunan Bangunan-bangunan Persekutuan di peringkat Negeri dan Daerah lebih mendesak setelah peranan dan tanggungjawab Jabatan Persekutuan di peringkat Negeri semakin bertambah. Rekabentuk Bangunan-bangunan Persekutuan di peringkat Negeri dibina mengikut keperluan kemampuan kewangan dan atas desakan supaya ia dibina dengan segera. Oleh itu, rekabentuk Bangunan Persekutuan di kebanyakan ibu negeri adalah sama dengan ketinggian di antara 10 hingga 12 tingkat. Pembinaan Bangunan Persekutuan piawai di kebanyakan daerah telah diperkenalkan mengikut desakan keperluan pada harga yang kompetatif. Sekiranya masa merekabentuk dan kos mengizinkan, rekabentuk "one off" diperkenalkan.

Taburan Lokasi Bangunan Gunasama Persekutuan Mengikut Zon

Paparan peta dibawah menunjukkan lokasi-lokasi Bangunan Gunasama Persekutuan di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lokasi tersebut dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara dan Sabah, Zon Selatan dan Sarawak, Zon Tengah dan Zon Timur yang dibezakan mengikut warna seperti yang ditunjukkan dalam peta berkenaan.

Nama Zon
Bilangan Bangunan
Nama Zon
Bilangan Bangunan
  Zon Utara dan Sabah 25   Zon Tengah 4
  Zon Selatan dan Sarawak 24   Zon Timur 11

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web