Piagam Pelanggan

1.0 PENGURUSAN PROJEK

1.1 Fasa Prapembinaan

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.

1.2 Fasa Pembinaan

Projek Kos dan Tempoh Pembinaan
a. Pelan Piawai:
Bangunan, Pangkalan Udara dan Maritim
RM 500 ribu kebawah
15 bulan
RM 500 ribu- RM 5 juta
24 bulan
RM 5 juta keatas
36 bulan
b. Pelan Piawai: Jalan dan Infrastruktur RM 500 ribu kebawah
9 bulan
RM 500 ribu - RM 20 juta
24 bulan
RM20 juta ke atas
36 bulan
c. Projek Kompleks (Jalan, Cerun, Banguan, Pangkalan Udara dan Maritim dll.) Disiapkan dalam tempoh dan kos yang dipersetujui bersama pelanggan

 

2.0 SENGGARA ASET

2.1 Jalan

  • Tindakan pembaikan sementara lubang- lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima.
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam setelah dikenal pasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumukan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.


2.2 Bangunan

  • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau system kumbahan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
  • Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan.

2.3 Mekanikal

Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal 1 hari
Kerja pembaikan besar (major overhaul)/ pembaikan badan kenderaan 3 bulan
Kerja pembaikan kecil kenderaan 3 minggu
Penggantian pendingin (chiller) 1 tahun
Penggantian lif 1 tahun

 

 2.4 Elektrik

Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik 1 hari
Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik 7 hari

 

3.0 KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

3.1 Kejuruteraan Cerun

a) Runtuhan cerun berimpak besar:

  • Lawatan tapak hendaklah divbuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
  • Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dan tarikh lawatan tapak.

b) Runtuhan cerun berimpak kecil:

Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:

  • Keadaan memerlukan penyiasatan tapak - 1 bulan selepasa laporan penyiasatan tapak diperoleh.
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.

c) Ulasan teknikal Laporan Geoteknik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh 1 minggu selepas lawatan dibuat.

3.2 Kejuruteraan Senggara

  • Keputusan kelulusan pelupusan asetkerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima.
  • Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.

3.3 Kejuruteraan Forensik

a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.

b) Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak
  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.

4.0 PENGURUSAN ADUAN

 4.1 Pengurusan Aduan Di Bawah Tanggungjawab JKR

 Tempoh tindakan diambil:

Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
Maklum balas aduan  7 hari
Penutupan aduan 45 hari

 

4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)

Tempoh tindakan diambil:

Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
Maklum balas aduan 7 hari

5.0 PENGURUSAN KEWANGAN

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari trikh dokumen lengkap diterima.

 

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 09 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web