Timbalan Pengarah

Pin It

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Jabatan Kerja Raya Johor adalah sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek-projek pembangunan samada projek persekutuan ataupun projek negeri. Projek pembangunan tersebut merangkumi pembinaan dan penyelengaraan jalanraya serta bangunan kerjaan di Negeri Johor Darul Takzim.

Di samping berperanan sebagai agensi pelaksana projek-projek pembangunan, Jabatan Kerja Raya Johor juga berperanan sebagai penasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan lain khususnya yang berkaitan dengan perlaksanaan projek pembangunan.

Sejajar dengan peredaran zaman teknologi masakini, jabatan ini juga ketinggalan dalam menggunakan komputer ke tahap maksima di dalam kerja-kerja pentadbiran, kerja-kerja merekabentuk dan kerja-kerja pemantauan projek-projek pembangunan. Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang unggul dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri ini, jabatan ini adalah komited untuk melaksanakan dan menyiapkan projek-projek yang dipertanggungjawabkan dengan jangkamasa yang secepat mungkin, kos yang ekonomik serta rupabentuk dan kualiti yang terbaik .

Laman Web Jabatan Kerja Raya Negrri Johor Darul Takzim adalah bertujuan sebagai sumber maklumat untuksemua rakyat Malaysia, di man semua ktiviti jabatan adalah telus kepada orang awam.

Ir. Mohd Nasir Bin Bontat
Timbalan Pengarah Kerja Raya Johor

Cetak Emel