[DITUTUP] Pendaftaran Cabutan Kerja Undi JKR Johor Tahun 2020

Pin It

(Pastikan tuan/puan terlebih dahulu membaca setiap kenyataan sebelum membuat permohonan)

Jabatan Kerja Raya Johor ingin memaklumkan dan mempelawa Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CDIB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dalam kelas G1 dalam kategori dan Pengkhususan berikut untuk Menyertai Cabutan Kerja Undi JKR Johor bagi Tahun 2020. Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi berkuatkuasa. Oleh itu, Pendaftaran adalah dibuat melalui atas talian yang akan dibuka pada 1 JULAI 2020 (RABU) MULAI JAM 12.00 TENGAHARI SEHINGGA 2 JULAI 2020 (KHAMIS) TAMAT JAM 12.00 TENGAHARI. (24 JAM SAHAJA)

Dalam proses pendaftaran, Kontraktor adalah dikehendaki untuk MEMUATNAIK (UPLOAD) keperluan dokumen berikut. Tempoh masa pendaftaran adalah 24 jam sahaja. Hanya dokumen dalam bentuk pdf dan jpg sahaja. Pastikan semua dokumen lengkap dan tersedia untuk dimuatnaik (Upload). :-
                    1. Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang - dalam 1 page)
                    2. Perakuan/Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang dikeluarkan oleh CIDB
                    3. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB
                    4. Sijil Taraf Bumiputra (STB) dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU)
                    5. Swafoto Pemohon bersama Kad Pengenalan (sebagai pengesahan Pemohon adalah pemilik)

* Segala maklumat-maklumat yang berikan adalah BENAR. Wakil kontraktor adalah tidak dibenarkan. Hanya penama/pemilik yang SAH sahaja seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran boleh membuat permohonan. Pihak Jabatan berhak menolak penyertaan sekiranya maklumat yang diberikan adalah PALSU dan membatalkan penyertaan jika mendapati pemohon mewakili BAGI PIHAK YANG LAIN.

* Kontraktor yang layak ke Peringkat Cabutan Undi akan menerima emel Dokumen Sebut Harga Kerja Undi sebelum pengesahan dan berminat, Pejabat ini akan mengeluarkan Nombor Cabutan, Tarikh dan Masa Cabutan Undi. Pastikan alamat emel adalah betul dan emel merupakan emel rasmi syarikat.

* Cabutan Kerja Undi akan disiarkan secara LANGSUNG (LIVE) menerusi Laman Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya Johor. Sebarang pertanyaan mengenai proses pendaftaran Sila hubungi 07-2666987 / 6947 (waktu 9.00 pagi - 3.00 petang), bagi pertanyaan mengenai kerja sila hubungi Pejabat JKR Daerah masing-masing.

Klik untuk Lihat Senarai Kerja Undi dan Mohon

Back to Top

3375

Pin It

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 02 Julai 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web