13 Pegawai Kanan JKR diiktiraf Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME)

Pin It

2020 07 30 JKR SME

29 Julai 2020 - 13 orang Pegawai Kanan JKR dalam pelbagai bidang telah menerima surat kenaikan pangkat kepada Pegawai Pakar Bidang Khusus atau Subject Matter Expert (SME) Jabatan Kerja Raya. Ianya sebagai satu pengiktirafan buat warga JKR khususnya warga teknikal dalam terus mengembangkan kepakaran khusus terutama dalam sektor pembangunan dan pembinaan.

Penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, di Dewan Utama CREaTE, Melaka. Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan; Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir. Hj. Mohammad Zulkefly Bin Sulaiman; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Hj. Suhaimie Bin Mahbar; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Pengurusan), Dato’ Ahmad Nadzri Bin Embong dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan), Ir. Razdwan bin Kasim serta Pengarah-pengarah Kanan JKR.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai SME dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Pegawai-pegawai SME yang menerima surat kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

1- Ir. Mohd Hizam bin Harun
2- Ar. Yong Razidah Rashid
3- Ir. Johari bin Emby
4- Ar. Hasnah bt Yun
5- Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed Tasir
6- Ir. Abd Rahman bin Shamsuddin
7- Ir. Razhiah binti Wahab
8- Ir. Abdul Rahman bin Baharuddin
9- Ir. Shamsuddin bin Sabri
10- Sr. Husnan bin Hussin
11- Sr. Maselawati binti Shamsuddin
12- Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman
13- Sr. Rohanis binti Ab Ghani

Selain penyampaian surat kenaikan pangkat, YBhg. Dato’. KPPA turut menghadiri lawatan ke pameran SME dan makmal kejuruteraan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di atas kesudian melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Jutaan terima kasih kepada JPA yang telah banyak membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai SME yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dan kenaikan pangkat. Pengiktirafan ini juga diharap dapat meningkatkan komitmen pegawai SME JKR untuk terus memberi sumbangan terbaik kepada jabatan dan negara.

Ir Mohd Hizam bin Harun

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Pavement).

Ar. Yong Razidah Rashid

Sustainable Infrastructure & Building Sustainable Development

Ar Hasnah bt Yun

Building Design Engineering Specialised Planning And Building Design: Health Facility

Ir. Dr. Abdul Rahman Tasir

Building Design Engineering Information And Communication Technology Infrastructure (Electrical).

Ir. Razhiah binti Wahab

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Geometric).

Ir. Abdul Rahman bin Baharuddin

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Accident Scene Forensic Investigation)

Ir. Shamsudin bin Sabri

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Highway And Road Planning)

Sr. Husnan bin Hussin

Cost Engineering

Sr. Maselawati binti Shamsuddin

Dispute Resolution Consultancy

Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman

Sustainable Infrastructure & Building Conservation

Sr. Rohanis binti Ab Ghani

Pengurusan Nilai (Value Management)

Pin It

Cetak Emel

Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya yang Baharu

Pin It

 2020 07 26 JKR Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pelantikan YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) mulai 24 Julai 2020. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada 23 Julai 2020.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut. Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Pin It

Cetak Emel

Syarikat Konsesi, JKR Negeri, Daerah angkat janji Zeropotholes

Pin It

0703 Majlis Zero Potholes

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2020 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Aku Janji Zeropothole dan Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya (KKR).

Bagi Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap, seramai 41 orang daripada 285 kontraktor telah hadir ke majlis pada hari ini. Penyampaian sijil ini adalah siri ketiga, yang mana sebelum ini, majlis yang serupa telah diadakan pada 2 April 2019 (Selasa).

Dalam masa yang sama juga turut berlangsung Majlis Aku Janji Zero Potholes Tahun 2020 yang berlangsung pada hari ini merupakan kesinambungan daripada program yang sama yang mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Program kali ini merupakan inisiatif Kementerian bersama Jabatan Kerja Raya dan 6 buah syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Labuan untuk memperkukuhkan komitmen KKR terhadap penyampaian perkhidmatan penyenggaraan jalan di negara kita.

Dibawah program zero potholes, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam (secara sementara) daripada penemuan ataupun aduan kerosakan dan dalam tempoh 3 hari bagi pembaikan kekal selari dengan Piagam Pelangan Jabatan Kerja Raya dan kontrak penyenggaraan jalan persekutuan (FRM) pihak konsesi.

Bagi memastikan perlaksanaan dan pemantauan yang effisien, JKR telah membangunkan satu Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (ASaPP) bagi memantau Potholes secara atas talian melalui penggunaan aplikasi di telefon bimbit, tablet dan Komputer. Aplikasi ini boleh digunakan oleh pegawai-pegawai JKR dan juga syarikat Konsesi bagi tujuan pemantauan kewujudan Potholes pada jajaran-jajaran jalan persekutuan.

Sistem pemantauan melalui applikasi ini dapat memperkemaskan sistem kerja pemantauan Potholes di jalan persekutuan agar kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan dapat dilaksanakan dengan segera dan perancangan kerja penyenggaraan yang menyeluruh dan teratur dapat dibuat.

Pihak Kementerian dan agensi amat berharap agar Program Aku Janji Zero Potholes ini dapat memberikan impak yang positif dan sasaran Zero atau Sifar Potholes menjadi realiti. Ini adalah amat penting supaya kita semua dapat menggunakan infrastruktur jalan raya yang baik dan selesa.

Image may contain: 7 people, indoor

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 6 people, people standing, shoes and indoor

©KEMENTERIAN KERJA RAYA | Foto oleh Adi Saad

Pin It

Cetak Emel

Jambatan Sungai Plentong dibuka kepada Pengguna

Pin It

2020 06 29 Perasmian Jambatan Plentong

29 Jun 2020, Johor Bahru - Jambatan Sungai Plentong yang menghubungkan laluan dari Taman Johor Jaya dan Plentong, ke Permas Jaya telah pun dibuka kepada pengguna secara rasmi hari ini. Jambatan yang sebelum ini hanya mempunyai laluan 2 lorong 2 hala telah dinaiktaraf dengan menggantikan kepada 4 lorong 2 hala yang turut melibatkan pelebaran jalan di antara dua persimpangan utama di Pasaraya Giant Plentong dan Persimpangan Permas Jaya. Ianya adalah sebagai inisiatif bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang berlaku berikutan kawasan setempat yang dipenuhi perniagaan komersial dan kawasan perindustrian serta pertambahan penduduk.

Projek Pembinaan Menggantikan Jambatan Sungai Plentong, Jalan Masai Lama telah dirasmikan dalam satu Majlis Penyerahan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB. Tuan Haji Mohd Solihan Badri. Hadir sama Ahli Dewan Negeri Kawasan Johor Jaya, YB. Liew Chai Tung, Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik dan Jurutera Daerah Johor Bahru, Ir. Zainal Bin Tumian.

Projek yang menelan belanja RM 21 Juta ini mengambil tempoh masa hampir 4 tahun berikutan kelewatan akibat perubahan dan pengesahan skop pengalihan utiliti di kawasan berkenaan. Walaubagaimanapun, Kontraktor menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan sepenuhnya projek ini sepertimana yang telah ditetapkan dengan kerjasama JKR Daerah, Perunding dan agensi-agensi serta syarikat-syarikat Utiliti yang telibat.

Image

Image

Image

Image

Image

@ JKR Johor

Pin It

Cetak Emel

Pelawaan untuk menyertai Cabutan Kerja Undi Kontraktor G1

Pin It

2020 06 28 Pengumuman Kerja Undi 2

28 Jun 2020, Iskandar Puteri - Jabatan Kerja Raya Johor hari ini mengumumkan dengan mempelawa kontraktor gred G1 untuk menyertai Cabutan Kerja Undi JKR Johor bagi Tahun 2020 yang akan dibuka pada 1 Julai ini. Kerja Undi JKR Johor ini adalah merupakan peruntukkan yang disalurkan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Ianya sebagai memberi peluang kepada kontraktor kecil untuk memperoleh manfaat selepas lebih tiga (3) bulan terhenti akibat Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Negeri Johor menerima lebih RM1.5juta yang mana sebahagian dari jumlah tersebut dibuka peluang dalam Cabutan Kerja Undi yang mana 10 Projek telah ditawarkan oleh 6 daerah yang terlibat. Projek Kerja Undi adalah hanya untuk kerja-kerja senggaraan Bangunan Kuarters JKR Negeri dengan kos anggaran antara RM50,000 hingga ke nilai tertinggi RM100,000 bagi setiap 1 kerja.

Pendaftaran akan mula dibuka pada 1 Julai 2020 jam 12.00 tengahari dan ditutup pada 2 Julai 2020 waktu yang sama. Pendaftaran adalah secara atas talian dengan mengambil kira saranan pihak Kerajaan dengan tidak menggalakkan kontraktor hadir ke pejabat. Proses Cabutan Kerja Undi akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, YB. Tuan Haji Mohd Solihan Badri yang dijangka berlangsung pada 13 Julai 2020 dan disiarkan secara langsung (LIVE) menerusi laman sosial rasmi Facebook Jabatan Kerja Raya Johor.

Bagi kontraktor yang berminat boleh berbuat demikian dengan memahami syarat-syarat dan keperluan yang dikehendaki sebelum membuat permohonan. Klik Mohon. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Johor di talian 07-2666987 atau JKR Daerah yang terlibat.

Pin It

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 11 Ogos 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web