PROGRAM OUTREACH AKRAB JKR MALAYSIA 2019

Johor 8 Oktober 2019 - Program Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2019 di JKR Johor bertemakan "Semangat Yang Bangkit" telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri Johor. Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menyebarluas dan mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB serta aktiviti-aktiviti AKRAB kepada warga JKR di peringkat Ibu Pejabat dan juga JKR Negeri. Program pada kali ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, AKRAB JKR Malaysia dan JKR Negeri Johor. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh YBrs. Ir. Haji Mohamad Salleh bin Abu Bakar, Pengarah Kerja Raya Johor. AKRAB SUK Johor turut dijemput hadir ke program outreach AKRAB JKR ini bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama AKRAB. Program ini telah berjaya menarik minat seramai 160 orang peserta yang terdiri dari ibu pejabat JKR Negeri Johor dan seluruh JKR daerah Johor.

Antara program yang telah diadakan adalah:

1. Sesi Taklimat Pengenalan AKRAB JKR Malaysia
2. Sesi Ceramah Motivasi oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kerja Raya Malaysia
3. Sesi Pameran berkaitan Parenting Style, Numeorology, Strendis, Person in The Rain dan Interaktif Games.

Sesungguhnya platform AKRAB ini adalah cerminan kepada komitmen serta sokongan padu terhadap usaha JKR Malaysia mewujudkan modal insan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kerja JKR.

AKRAB2019

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis AKRAB 1

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis AKRAB 2

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis AKRAB 3

Sumber : JKR Malaysia | Foto oleh Unit Media JKR Johor

 

 

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 November 2019.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web