MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA MBJB DAN JKR NEGERI JOHOR

Johor Bahru 26 Februari 2020 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah diadakan di Dewan Inai Merah, MBJB pagi tadi bertujuan mewujudkan penyertaan dan pelaksanaan bersama dengan kos dan belanja masing-masing di atas jalan-jalan yang diselenggara oleh JKR di dalam kawasan pentadbiran MBJB. Memorandum ini telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Adib Azhari bin Daud, Datuk Bandar Johor Bahru, dan Yang Berbahagia Ir. Haji Mohd Said bin Sidik, Pengarah JKR Negeri Johor. Penyertaan dan pelaksanaan bersama yang dimaksudkan dalam MOU ini adalah bagi kerja-kerja pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam di jalan selenggaraan JKR, kerja-kerja pengambilalihan dan penyelenggaraan sistem pepasangan lampu jalan JKR oleh MBJB, kerja-kerja pengambilalihan dan penyelenggaraan sistem pepasangan lampu isyarat oleh MBJB, kerja-kerja pembaikan atau penyelenggaraan jalan dan perabot jalan oleh MBJB. Pelaksanaan kerja-kerja ini adalah merupakan kerja-kerja pelengkap yang akan dilaksanakan oleh oleh MBJB di atas jalan-jalan selenggaraan JKR di dalam kawasan pentadbiran MBJB dan bergantung kepada keperluan dari semasa ke semasa. Ianya juga adalah merupakan tindakan yang dilaksanakan oleh MBJB bagi menangani peningkatan penerimaan aduan awam berkaitan kerosakan jalan, lampu jalan, lampu isyarat, perabot jalan dan lain-lain lagi yang melibatkan jalan-jalan JKR di dalam kawasan pentadbiran MBJB.

mou4

Sila Klik Disini Untuk Coretan Bergambar Sepanjang Majlis

Sumber I Majlis Bandaraya Johor Bahru I

 

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 12 Mac 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web