Program Intervensi Projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Malaysia Caw. Johor

Pin It

2022 01 13 Program Intervensi JKR

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR Johor telah mengadakan Program Intervensi bagi Projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Johor ke atas Pasukan Projek dan pasukan Kontraktor.

Pasukan Intervensi telah diketuai oleh Jurutera Awam Penguasa Kanan, Caw. Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR Johor, Ir. Haji Mohd Isa bin Sulaiman dan dibantu oleh Ir. Jayanthi A/P Chinapan bersama enam (6) orang pegawai dari Ibupejabat JKR Johor dalam skop masing-masing. Manakala bagi Pasukan projek JKR diketuai oleh Encik Muhd Ridhuan Bin Sulaiman dan Pihak Kontraktor Himpun Daya Sdn. Bhd diwakili oleh Pengurus Projek, Encik Thyzar bin Mokhtar.

Objektif utama Program Intervensi ini adalah bagi mendapatkan perincian serta maklumbalas setiap isu dan masalah sebelum mengemukakan pengesyoran kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Berdasarkan status semasa masalah projek dan tinjauan di tapak bina, beberapa penemuan telah diperolehi dan dibentangkan kepada pasukan projek untuk pengesyoran. Pengesyoran yang dibuat juga adalah berdasarkan temuduga pada kedua-dua belah pihak bagi mencari penyelesaian konsisten selain menambahbaik struktur perancangan dan memperbaiki program kemajuan kerja.

Pasukan Intervensi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPNJ) dan wakil pihak kontraktor dalam memastikan usaha program ini berjalan lancar dan sempurna.

Image

Image

Image

Jabatan Kerja Raya Johor
Copyright @ Media JKR Johor
13 Januari 2022

 

Cetak Emel