Pelawaan untuk menyertai Cabutan Kerja Undi Kontraktor G1

Pin It

2020 06 28 Pengumuman Kerja Undi 2

28 Jun 2020, Iskandar Puteri - Jabatan Kerja Raya Johor hari ini mengumumkan dengan mempelawa kontraktor gred G1 untuk menyertai Cabutan Kerja Undi JKR Johor bagi Tahun 2020 yang akan dibuka pada 1 Julai ini. Kerja Undi JKR Johor ini adalah merupakan peruntukkan yang disalurkan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Ianya sebagai memberi peluang kepada kontraktor kecil untuk memperoleh manfaat selepas lebih tiga (3) bulan terhenti akibat Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Negeri Johor menerima lebih RM1.5juta yang mana sebahagian dari jumlah tersebut dibuka peluang dalam Cabutan Kerja Undi yang mana 10 Projek telah ditawarkan oleh 6 daerah yang terlibat. Projek Kerja Undi adalah hanya untuk kerja-kerja senggaraan Bangunan Kuarters JKR Negeri dengan kos anggaran antara RM50,000 hingga ke nilai tertinggi RM100,000 bagi setiap 1 kerja.

Pendaftaran akan mula dibuka pada 1 Julai 2020 jam 12.00 tengahari dan ditutup pada 2 Julai 2020 waktu yang sama. Pendaftaran adalah secara atas talian dengan mengambil kira saranan pihak Kerajaan dengan tidak menggalakkan kontraktor hadir ke pejabat. Proses Cabutan Kerja Undi akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, YB. Tuan Haji Mohd Solihan Badri yang dijangka berlangsung pada 13 Julai 2020 dan disiarkan secara langsung (LIVE) menerusi laman sosial rasmi Facebook Jabatan Kerja Raya Johor.

Bagi kontraktor yang berminat boleh berbuat demikian dengan memahami syarat-syarat dan keperluan yang dikehendaki sebelum membuat permohonan. Klik Mohon. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Johor di talian 07-2666987 atau JKR Daerah yang terlibat.

Pin It

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 02 Julai 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web