Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Bukit Indah

Pin It

2020 06 27 Penyerahan KK3 Bukit Indah

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP BAGI PROJEK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) BUKIT INDAH, JOHOR BAHRU, JOHOR

Bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan rakyat dan penduduk setempat, Jabatan Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 di Taman Bukit Indah, Johor Bahru melalui sumber dari jabatan pelanggan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebuah Klinik Kesihatan yang lengkap boleh dikatakan serba moden mampu menempatkan pesakit di antara 300-500 pesakit purata sehari bagi kawasan meliputi Bukit Indah, Nusa Idaman, dan Gelang Patah.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik, Pengarah JKR Johor kepada YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pihak Jabatan Pelanggan. Penyerahan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman serta Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ar. Azman Bin Md Hashim.

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran rasmi daripada Y.B Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai daripada JKR Daerah Johor Bahru, Johor, Ibu Pejabat JKR Johor terdiri dari HOPT dan HODT serta wakil pengguna akhir bagi bangunan ini iaitu Y.Brs. Dr. Aman Bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

Projek ini menggunakan rekabentuk Pelan Am Piawai Klinik Kesihatan 3 (KK3) Teja CR. Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan harga kontrak asal sebanyak RM18,398,788.88. Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Hasrat Teknik (M) Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan asal projek adalah selama 104 minggu yang bermula pada 01 Mac 2017 hingga 24 Disember 2019. Walau bagaimanapun, kontrak ini telah diluluskan Lanjutan Masa serta berdenda dan siap sepenuhnya pada 4 Mac 2020 dengan penjimatan terhadap kos kontrak sebanyak RM 3,054,610.12.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 4 Dalam 1 iaitu :

- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 4 Mac 2020;
- Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
- Penarafan Qlassic;
- Penjimatan Terhadap Kos Projek;

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Johor, pihak kontraktor utama iaitu Hasrat Teknik (M) Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.

Image may contain: sky, house, tree and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and text

Image may contain: 4 people, people standing, text and indoor

Image may contain: 2 people, people standing

Lihat gambar penuh di sini
@ Media JKR Johor - 626

Pin It

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 06 Julai 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web