Sasaran baharu Pelan Bisnes JKR Johor 2021-2025

Pin It

2021 03 31 Pelancaran Pelan Bisnes JKR Johor 2021 2025

Jabatan Kerja Raya Johor telah meletakkan sasaran baharu dalam Pelan Bisnes JKR Johor 2021-2025 untuk mencapai prestasi terbaik yang konsisten dalam semua tema yang digariskan. Selepas dilancarkan di peringkat Ibupejabat JKR Malaysia, JKR Johor mengatur strategik baharu dalam memastikan pencapaian perkhidmatan khususnya penglibatan projek, pengurusan aset, perkhidmatan pelanggan, dan inovasi selain melestarikan sumber yang lebih berkesan.

Timbalan Pengarah JKR Johor, Ir. Abu Bakar Bin Abd. Aziz telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Bisnes & Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) Jabatan Kerja Raya Johor 2021-2025 pada 31 Mac 2021 di Amansari Residence Resort, Johor Bahru. Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP), Cawangan Dasar Pengurusan Korporat, Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan Bin Zakaria; Ketua Perancangan Aset Bersepadu JKR Johor, Ir. Haji Mohd Isa Bin Sulaiman dan Pegawai-pegawai Kanan JKR Johor.

Pelancaran ini dilaksanakan sebaik sahaja barisan pegawai kanan JKR Johor yang berbengkel selama tiga (3) hari telah menetapkan sasaran, pelan operasi dan tindakan, ketetapan prestasi sebelum dibentangkan bersama bagi melihat keberkesanan dan keperluan semasa jabatan. 5 Tema utama yang digariskan adalah Tema 1: Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh, Tema 2: Pengalaman Ko-Kreatif Bersama Pelanggan, Tema 3: Pusat Kecemerlangan Teknikal, Tema 4: Memacu Kelestarian, dan Tema 5: Organisasi Inovatif

Pelan Bisnes Jabatan 2021-2025 merupakan satu dokumen yang memperincikan perancangan bisnes Jabatan bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Objektif dokumen ini dibangunkan adalah untuk memantau dan menilai Pengurusan Prestasi setiap Cawangan, Negeri dan Pasukan Projek Khas yang berada di bawah JKR. Dokumen ini bukan sahaja menjadi penanda aras kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengurusan Tertinggi malah kepada semua Pengarah Kanan, Pengarah di Cawangan, Negeri dan Pasukan Projek Khas.

Pelan Bisnes Jabatan 2021-2025 ini dibangunkan berpandukan kepada Pelan Strategik JKR 2021-2025 di mana ianya juga berteraskan kepada fungsi serta skop tanggungjawab semua sektor Cawangan, Negeri dan Pasukan Projek Khas di JKR dalam mencapai setiap petunjuk prestasi yang ditetapkan. Jabatan akan memantau rapi pencapaian Pelan Strategik JKR 2021-2025 dan KPI Jabatan berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan. Justeru itu, dengan pelaksanaan dan pemantauan bersepadu Pelan Bisnes Jabatan ini, secara langsung dapat menggerakkan pencapaian Pelan Strategik JKR 2021-2025 dan KPI Jabatan.

JKR Johor merupakan negeri pertama yang menyempurnakan Pelan Bisnes Jabatan 2021-2025 bagi peringkat Cawangan dan Negeri selepas di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang dilancarkan pada 23 Februari 2021 oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Pelan Bisnes Jabatan ini akan menjadi pemangkin serta pencetus semangat kepada seluruh warga JKR untuk terus komited dan konsisten dalam mencapai Visi, Misi dan Objektif Jabatan yang telah ditetapkan. Semoga seluruh warga JKR dapat menggembleng usaha dalam merealisasikan inisiatif-inisiatif yang diketengahkan dalam Pelan Bisnes Jabatan bagi memastikan JKR terus kekal relevan di negara ini.

3461

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2021 Portal Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 22 April 2021.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web