Jambatan Sungai Plentong dibuka kepada Pengguna

Pin It

2020 06 29 Perasmian Jambatan Plentong

29 Jun 2020, Johor Bahru - Jambatan Sungai Plentong yang menghubungkan laluan dari Taman Johor Jaya dan Plentong, ke Permas Jaya telah pun dibuka kepada pengguna secara rasmi hari ini. Jambatan yang sebelum ini hanya mempunyai laluan 2 lorong 2 hala telah dinaiktaraf dengan menggantikan kepada 4 lorong 2 hala yang turut melibatkan pelebaran jalan di antara dua persimpangan utama di Pasaraya Giant Plentong dan Persimpangan Permas Jaya. Ianya adalah sebagai inisiatif bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang berlaku berikutan kawasan setempat yang dipenuhi perniagaan komersial dan kawasan perindustrian serta pertambahan penduduk.

Projek Pembinaan Menggantikan Jambatan Sungai Plentong, Jalan Masai Lama telah dirasmikan dalam satu Majlis Penyerahan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB. Tuan Haji Mohd Solihan Badri. Hadir sama Ahli Dewan Negeri Kawasan Johor Jaya, YB. Liew Chai Tung, Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik dan Jurutera Daerah Johor Bahru, Ir. Zainal Bin Tumian.

Projek yang menelan belanja RM 21 Juta ini mengambil tempoh masa hampir 4 tahun berikutan kelewatan akibat perubahan dan pengesahan skop pengalihan utiliti di kawasan berkenaan. Walaubagaimanapun, Kontraktor menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan sepenuhnya projek ini sepertimana yang telah ditetapkan dengan kerjasama JKR Daerah, Perunding dan agensi-agensi serta syarikat-syarikat Utiliti yang telibat.

Image

Image

Image

Image

Image

@ JKR Johor

Pin It

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 06 Julai 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web