Syarikat Konsesi, JKR Negeri, Daerah angkat janji Zeropotholes

Pin It

0703 Majlis Zero Potholes

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2020 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Aku Janji Zeropothole dan Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya (KKR).

Bagi Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap, seramai 41 orang daripada 285 kontraktor telah hadir ke majlis pada hari ini. Penyampaian sijil ini adalah siri ketiga, yang mana sebelum ini, majlis yang serupa telah diadakan pada 2 April 2019 (Selasa).

Dalam masa yang sama juga turut berlangsung Majlis Aku Janji Zero Potholes Tahun 2020 yang berlangsung pada hari ini merupakan kesinambungan daripada program yang sama yang mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Program kali ini merupakan inisiatif Kementerian bersama Jabatan Kerja Raya dan 6 buah syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Labuan untuk memperkukuhkan komitmen KKR terhadap penyampaian perkhidmatan penyenggaraan jalan di negara kita.

Dibawah program zero potholes, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam (secara sementara) daripada penemuan ataupun aduan kerosakan dan dalam tempoh 3 hari bagi pembaikan kekal selari dengan Piagam Pelangan Jabatan Kerja Raya dan kontrak penyenggaraan jalan persekutuan (FRM) pihak konsesi.

Bagi memastikan perlaksanaan dan pemantauan yang effisien, JKR telah membangunkan satu Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (ASaPP) bagi memantau Potholes secara atas talian melalui penggunaan aplikasi di telefon bimbit, tablet dan Komputer. Aplikasi ini boleh digunakan oleh pegawai-pegawai JKR dan juga syarikat Konsesi bagi tujuan pemantauan kewujudan Potholes pada jajaran-jajaran jalan persekutuan.

Sistem pemantauan melalui applikasi ini dapat memperkemaskan sistem kerja pemantauan Potholes di jalan persekutuan agar kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan dapat dilaksanakan dengan segera dan perancangan kerja penyenggaraan yang menyeluruh dan teratur dapat dibuat.

Pihak Kementerian dan agensi amat berharap agar Program Aku Janji Zero Potholes ini dapat memberikan impak yang positif dan sasaran Zero atau Sifar Potholes menjadi realiti. Ini adalah amat penting supaya kita semua dapat menggunakan infrastruktur jalan raya yang baik dan selesa.

Image may contain: 7 people, indoor

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 6 people, people standing, shoes and indoor

©KEMENTERIAN KERJA RAYA | Foto oleh Adi Saad

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 20 September 2020.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web