IPD Iskandar Puteri janji siap hujung Oktober

Pin It

2021 08 29 Lawatan KPKR ke IPD Iskandar Puteri

Projek pembinaan bangunan Ibu pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri dijangka siap pada penghujung bulan Oktober. Itu jaminan yang diberikan oleh Pihak kontraktor, Tangawaris Sdn. Bhd. sebagai kenyataan balas kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman sempena lawatan kerja ke projek-projek JKR Johor. Dalam lawatan tersebut, kontraktor juga memaklumkan bahawa, projek kini dalam fasa terakhir penyiapan termasuk menyiapkan kerja-kerja kekemasan.

Projek pembinaan bangunan Ibu pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri sebelum ini telah dihentikan selepas penamatan kontraktor terdahulu gagal menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Tawaran semula telah dipanggil dan lantikan kontraktor baharu, Kontraktor Tangawaris Sdn. Bhd dipilih dan dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan kerja-kerja terbengkalai.

Baki projek pembinaan ini menelan belanja kos hampir RM10 juta membabitkan skop kerja yang ditinggalkan daripada kontrak terdahulu selain skop-skop tambahan yang ditambah oleh pihak pelanggan. Skop keseluruhan projek ini adalah melibatkan Bangunan pejabat 3 tingkat, Pejabat Trafik, Lokap tahanan, Dewan Serbaguna dan Kuarters IPD.

Siapnya bangunan pejabat IPD Iskandar Puteri ini, ia mampu memberikan keselesaan dan kemudahan kepada Polis Johor khususnya di dalam daerah Iskandar Puteri selain dapat terus memberi khidmat terbaik buat masyarat dan membenteras jenayah setempat.

Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman menyatakan JKR sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua projek-perojek yang dilaksanakan meskipun berdepan dengan cabaran dari kesan pandemik COVID-19. Dato' KPKR yang mengadakan lawatan kerja ke Projek JKR Johor turut mengadakan lawatan ke Projek Hospital Pasir Gudang selain meninjau kemajuan kerja di Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3), Tampoi pada semalam (29 Ogos 2021).

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengarah JKR Negeri, Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz dan timbalannya, Ir. Mohd Nasir bin Bontat serta Ir. Haji Alias bin Mohd Zin, Ketua Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor, barisan jurutera, dan pasukan projek.

Image

Image

Image

Image

Image

- MEDIA JKR Johor
2488

Cetak Emel