• Laman Utama
  • Berita Jabatan
  • MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK PERINGKAT JKR NEGERI UNTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH DAIF MENGGUNAKAN IBS NEGERI JOHOR (FASA1) TAHUN 2018

MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK PERINGKAT JKR NEGERI UNTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH DAIF MENGGUNAKAN IBS NEGERI JOHOR (FASA1) TAHUN 2018

Johor Bahru 5 Mac 2018 - Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM22 juta bagi membaik pulih 17 buah sekolah terpilih di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Bin Mohamad berkata, kerja membaik pulih itu akan bermula 7 Mac ini. “Kita sudah mengenal pasti sebanyak 40 buah sekolah untuk menerima peruntukan diberi kerajaan pusat itu dan buat permulaan sebanyak 17 sekolah dipilih dalam fasa satu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Penyerahan Dokumen Kontrak dan Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS (Fasa 1) Tahun 2018 bagi Negeri Johor di sini sebentar tadi. Yang turut hadir, Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Mohamad Salleh Bin Abu Bakar dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Normazura Mat Nawi.

daif1

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 13 September 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web