MAJLIS KORBAN PERDANA JKR JOHOR 2018

Muar 23 Ogos 2018 - Majlis Korban Perdana telah diadakan setiap tahun dan pada tahun ini giliran JKR Daerah Muar pula menjadi tuan rumah. Pada tahun ini, sebanyak 17 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan. Kesemua haiwan korban ini adalah hasil sumbangan daripada peserta JKR Ibu Pejabat, JKR Cawangan Elektrik dan Mekanikal serta JKR Daerah dan juga sumbangan daripada pihak Teto Engineering, Amona dan Infra Desa. Terima kasih diucapkan atas sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mazlan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Infrastruktur dan Pengangkutan. YB juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti kurban yang diadakan.

DSC 0444

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis 01

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis 02

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis 03

 

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 09 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web