MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Muar 31 Ogos 2018 - Majlis Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 61 Peringkat Negeri Johor dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ telah diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar. Sambutan dimulakan dengan acara perbarisan dan perarakan oleh kontinjen yang menyertai. Seramai 5,210 peserta melibatkan 132 kontinjen, masing-masing 113 kontinjen berjalan kaki dan 19 berkenderaan. Pelbagai acara menarik juga diadakan. Perbarisan dan perarakan sepanjang kira-kira satu kilometer itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kaiat; Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din dan para tetamu kehormat yang lain. Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar yang mewakili JKR Negeri Johor telah mendapat Naib Johan dalam kategori Sepanduk Tercantik. Tahniah diucapkan kepada JKR Muar.

merdeka jkr 2018

Sila klik disini untuk coretan bergambar

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web