Salam Persaraan Pengarah JKR Johor, Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik

Pin It

2021 01 07 Persaraan Pengarah JKR Johor

Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik telah bersara wajib pada 9 Januari 2021 setelah hampir 37 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan 21 tahun berkhidmat bersama Jabatan Kerja Raya. Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Sangkut (J3) di LKTP Temerloh Pahang pada 1 November 1984. Sepanjang dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 : Jurutera Awam Sangkut (J3), LKTP Temerloh, Pahang
  2. Tahun 1989 : Jurutera Awam (J3), ITM Jengka, Pahang
  3. Tahun 1992 : Jurutera Awam (J3), JKR Langkawi, Kedah
  4. Tahun 1999 : Jurutera Awam (J3), Pularek, JKR Johor
  5. Tahun 2002 : Jurutera Awam (J3), JKR Daerah Kota Tinggi
  6. Tahun 2003 : Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Negeri Johor
  7. Tahun 2008 : Jurutera Daerah (J52), JKR Daerah Johor Bahru
  8. Tahun 2014 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Bahagian Jalan, JKR Negeri Johor
  9. Tahun 2015 : Pengurus Besar Pembinaan (J52), Projek Naik Taraf Jalan Dari Bandar Penawar ke Senai Desaru ke Sungai Rengit, Kota Tinggi
  10. Tahun 2015 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan (J54-M), Projek Pengerang Intergrated Petronas Complex (PIPC)
  11. Tahun 2017 : Timbalan Pengarah (J54), JKR Negeri Johor
  12. Tahun 2019 : Pengarah, JKR Negeri johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia - PE18688 Tahun 2018
  2. Ahli Korporat Institut Jurutera Malaysia (IEM) 97330 Tahun 2018

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Presiden Kelab Sukan JKR Negeri Johor
  2. Ahli Lembaga Pelawat taman Sinar Harapan Tampoi
  3. Ahli Jawatankuasa Jawatamkuasa Perumahan Negeri Johor
  4. Ahli Lembaga Pengarah Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  5. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Johor.
  6. Ahli Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Negeri Johor
  7. Ahli Jawatankuasa Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA)
  8. Ahli Jawatankuasa Teknikal Kajian Projek Rapid Transit System (RTS)
  9. Ahli Jawatankuasa Perancang Wilayah Bagi Kawasan Persempadanan Antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  10. Ahli Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pegerang (PPSC)
  11. Presiden kelab Scuba JKR Malaysia

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Johor Golf & Country Club

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2008
  2. Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) Tarikh 22.11.2013

Pihak pengurusan JKR Johor telah mengadakan satu majlis ringkas sebagai mengenang jasa bakti Tuan Pengarah sepanjang khidmat dan sumbangan khususnya di JKR Johor dan negeri Johor. Majlis Persaraan telah diadakan di Kompleks JKR Johor 2, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor. Majlis diketuai oleh Timbalan Pengarah JKR Johor, Ir. Abu Bakar Bin Abd. Aziz dan semua Ketua Bahagian, Cawangan dan Jurutera Daerah.

Turut serta dalam aturcara Majlis menandatangani Surat Serah Tugas jawatan Pengarah ke Timbalan Pengarah sebagai Memangku dan menjalankan tugas. Bahagian, Cawangan dan JKR Daerah tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman dan ucapan menerusi rakaman video berdurasi hampir 15 minit.

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Johor ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI MOHD SAID BIN SIDIK, PENGARAH JKR JOHOR dan didoakan semoga tuan akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

555

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2021 Portal Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Mac 2021.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web