Penyerahan Projek Siap Pusat Kutipan Darah HSA

Pin It

2021 01 09 Projek Naiktaraf Pusat Kutipan Darah HSA

Majlis penyerahan projek siap bagi Projek Naiktaraf Pusat Kutipan Darah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSAJB) telah diadakan pada 9 Januari 2021 (Sabtu) bertempat di tapak projek pada jam 9.30 pagi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Y.Brs. Ir. Zainal bin Tumian, Jurutera Daerah JKR Johor Bahru kepada YB. Dato Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor disaksikan oleh Y.B Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ar. Azman Bin Md Hashim. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai daripada JKR Daerah Johor Bahru, Johor, Ibu Pejabat JKR Johor terdiri dari HOPT dan HODT serta wakil pengguna akhir bagi bangunan ini iaitu Y.Brs. Dr. Mohtar bin Pungut@Hj. Ahmad, Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Projek ini menggunakan rekabentuk secara one off oleh pihak JKR Johor. Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan harga kontrak asal sebanyak RM 896,589.29.. Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Khariz Builders Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan asal projek adalah selama 32 minggu  yang bermula pada 2 Januari 2020 hingga 12 September 2021. Walau bagaimanapun, kontrak ini telah diluluskan Lanjutan Masa sehingga 4 Disember 2020 berikutan kepada lanjutan daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan pada Mac 2020. Projek ini dapat disiapkan atas komitmen daripada pihak Kontraktor Utama pada 27 Oktober 2020 iaitu 38 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya dengan kos akhir kontrak RM 979,480.59.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 4 Dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 27 Oktober 2020;
  2. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
  3. Statement of Final Account (SOFA)
  4. Projek dapat disiapkan awal 38 hari dari Tarikh Siap Semasa.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Johor, pihak kontraktor utama iaitu Khariz Builders Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

 657

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2021 Portal Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Mac 2021.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web