Ir. Abu Bakar dilantik sebagai Pengarah JKR Johor yang baharu

Pin It

2021 04 12 Watikah Pengarah

Warga kerja Jabatan Kerja Raya Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz di atas pelantikan sebagai Pengarah Kerja Raya Johor yang baharu bermula 12 April 2021 bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah. Tuan Ir. Abu Bakar sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah selama hampir setahun setengah bagi menggantikan Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik yang telah bersara wajib pada 9 Januari 2021 yang lalu.

Tuan Ir. Abu Bakar menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman di Pejabat KPKR, Kuala Lumpur. Hadir sama YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar dan YBhg. Dato' Timbalan Ketua Pengarah Sektor Infra bersama-sama YBhg. Dato' Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.

Semoga YBrs. Ir. Abu Bakar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang serta memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Foto: JKR Malaysia

Cetak Emel

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2021 Portal Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 03 Mei 2021.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web