• Laman Utama
  • Berita Jabatan
  • MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN & INFRASTRUKTUR NEGERI JOHOR SEMPENA PROGRAM IBADAH QURBAN PERDANA

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN & INFRASTRUKTUR NEGERI JOHOR SEMPENA PROGRAM IBADAH QURBAN PERDANA

Johor 13 Ogos 2019 - Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor sempena Program Ibadah Qurban Perdana 2019/1440H Jabatan Kerja Raya Negeri Johor telah diadakan di JKR Daerah Batu Pahat sebagai tuan rumah. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Solihan Bin Badri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat dan YB Tuan Haji Aminolhuda Bin Haji Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi Negeri Johor.Turut hadiri Pengarah JKR Negeri Johor, Timbalan Pengarah dan wakil setiap daerah JKR Johor. Sebanyak 20 ekorl embu dan seekor kambing telah dikorbankan pada majlis tersebut dan daging korban tersebut diagihkan kepada asnaf dan kakitangan JKR yang turut serta sepanjang program. Jabatan Kerja Raya Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Warga JKR yang beragama Islam.

Poster qurban 2019

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang Program Qurban 1

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang Program Qurban 2

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang Program Qurban 3

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang Program Qurban 4

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang Program Qurban 5

 

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 November 2019.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web