jkrbsikppa

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

Rabu, 01 November 2023 – Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkapli bin Mohamed ke Pejabat Bangunan Sultan Iskandar (BSI),Johor Bahru. YBhg Dato’ Seri diberikan taklimat mengenai status pelaksanaan inisiatif menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB),Johor.

Turut hadir YBhg Dr Abdul Gapar bin Abu Bakar Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Datu Ken Leben, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Kawalan, Tuan Baharuddin bin Tahir, Pengarah Imigresen Negeri Johor dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam,Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor.