penyerahanprojek

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN CERUN SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI SEKITAR SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI), BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR.

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja -Kerja Berkaitan Di Sekitar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar Kota Tinggi, Johor telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Kota Tinggi, Ir. Ts. Mazman Bin Mohamad bersama wakil pelanggan iaitu Encik Asmad bin Ahmad, Pengetua Sekolah SSTMI. Pada Majlis ini diadakan upacara menandatangani Dokumen Penyerahan dan Simbolik Gambar Projek Siap

bagi projek pembaikan cerun tersebut.

Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama WEALTHTOOL ENTERPRISE dengan Tarikh Milik Tapak bagi projek ini adalah pada 18 Oktober 2022. Projek ini telah berjaya disiapkan dan telah mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 06 Oktober 2023, sepuluh (10) Hari lebih awal dari tarikh siap Kontrak Asal iaitu pada 16 Oktober 2023.

Kejayaan yang diraih bagi projek ini adalah 5 dalam 1 iaitu:
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC).
ii. Lukisan Siap Bina.
iii. Penyata Bayaran Muktamad (SoFA)
iv. Tarikh Siap Sebenar Awal 10 Hari dari Tarikh Siap Kontrak Asal.
v. Penjimatan Kos Siling Projek.

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah Berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi – tinggi penghargaan dan Syabas juga diucapkan kepada pasukan projek dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.