JKR DAERAH
KATA ALUAN
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Syukur alhamdulillah penantian sejak sekian lama untuk menatap wajah baru laman web JKR Batu Pahat akhirnya terlaksana dengan lahirnya penjenamaan semula portal web JKR Batu Pahat. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Batu Pahat yang telah mengambil inisiatif untuk berusaha gigih dan bekerja keras ke arah merealisasikan wajah baru laman web JKR Batu Pahat.
Saya amat berharap portal web ini akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada kakitangan JKR Batu Pahat, tetapi juga kepada pelanggan dan masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat berhubung tugas dan tanggungjawab JKR Batu Pahat.
Usaha sebegini harus diberi pujian yang tinggi kerana melalui laman web ini, ia dapat menjadi wadah kepada jabatan untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dan berkesan Ia juga dapat menonjolkan identiti dan imej jabatan; bukan sahaja kepada kakitangan tetapi juga kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat.
Semoga usaha murni ini akan disusuli pula dengan usaha-usaha lain, supaya jabatan ini sentiasa diyakini dan dihormati oleh masyarakat.
Akhir kata, hidup kita mestilah berjasa. Jasa Kepada Rakyat.
Ir. Fairul Azrie b Yaacob
Jurutera Daerah
JKR Daerah Batu Pahat
OBJEKTIF & FUNGSI
Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-
- Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
- Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
- Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
- Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
- Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
b) Selamat digunakan
c) Kemudahan senggaraan
d) Mutu ketukangan (workmanship).
Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:
Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
- Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
- Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
- Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
- Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
- Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
- Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
- Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
SEJARAH
- Ditubuhkan pada Januari 1894 (21 tahun selepas penubuhan Jabatan Tanah & Kerja Raya Johor).
- Diketuai oleh Sulaiman bin Md. Salleh sehingga 1910.
- Dikenali sebagai Ketua Kerjaya, Bandaran & Ukur.
- 1911 – Sistem Pentadbiran Paralelisma diperkenalkan dimana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah (Dato’ Muhamad Salleh bin Perang) digabungkan dengan Pegawai Daerah berbangsa inggeris iaitu J.L. Humphreys yang mana mengambil alih tugas Ketua Kerjaya, Bandaran & Ukur.
- 1939 – Diketuai oleh seorang Inggeris bernama J.W.S. Anderson.
- JKR Batu Pahat diterajui oleh beberapa pemimpin Inggeris sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan.
- Pada tahun 1958, JKR Batu Pahat telah dipimpin oleh seorang Jurutera Daerah berbangsa Melayu bernama Ahmad bin Abdul Aziz sebelum diambil-alih oleh dua Jurutera Daerah berbangsa Inggeris setahun kemudian sehingga tahun 1965.
- Bermula tahun 1965 JKR Batu Pahat terus dipimpin oleh anak tempatan sehingga kini.
SENARAI JURUTERA DAERAH BATU PAHAT
NO
|
NAMA | TEMPOH |
1
|
J.W.S. Anderson | 1939 – 1940 |
2
|
J.H. West | 1940 – 1941 |
3
|
F.E.B. Murphy | 1941 – 1946 |
4
|
S.A. Jordan | 1946 – 1949 |
5
|
D.W. Grehan | 1949 – 1951 |
6
|
C.R. Hawkins | 1951 – 1953 |
7
|
D.J.M. Carvili | 1953 – 1954 |
8
|
H.M. Hiddes | 1954 – 1955 |
9
|
G.M. Sampson | 1955 – 1956 |
10
|
J. Halliday | 1956 – 1957 |
11
|
J.W. Wright | 1957 – 1958 |
12
|
Ahmad Bin Abdul Aziz | 1958 – 1959 |
13
|
R.M. Stewart | 1959 – 1962 |
14
|
R.S. Whitelaw | 1962 – 1965 |
15
|
Quek Seng Hin | 1965 – 1966 |
16
|
Shamsuri Bin Haji Ali | 1966 – 1970 |
17
|
Lim Eng Sun | 1970 – 1972 |
18
|
S. Devendran | 1972 – 1975 |
19
|
Siew Kok Hong | 29.12.1975 – 16.08.1980 |
20
|
Mohd. Hatta Bin Bakri | 27.08.1980 – 31.10.1983 |
21
|
Hassan Bin Haron | 01.11.1983 – 31.05.1990 |
22
|
Ng Ah Kow | 01.06.1990 – 01.02.1996 |
23
|
Shahar Bin Mohd. Shah | 16.05.1996 – 18.06.1997 |
24
|
Hamidun Majid Bin Abdul Hamid | 01.07.1997 – 31.05.1999 |
25
|
Shafii Bin Mohamad | 01.06.1999 – 31.01.2004 |
26
|
Shamsul Akmar Bin Abdul Munir | 01.02.2004 – 31.05.2005 |
27
|
Nordin Bin Mohamed Salleh | 01.06.2005 – 15.08.2008 |
28
|
Hamdan Bin Ali | 18.08.2008 – 31.12.2008 |
29
|
Badrul Hisham Bin Abdullah | 01.01.2009 – 31.01.2010 |
30
|
Ir. Khalid Bin Omar | 01.02.2010 – 31.10.2011 |
31
|
Hadzeri Bin Hashim | 01.11.2011 –26.05.2015 |
32
|
Ir. Alias Bin Mohd Zin | 26.05.2015 – 2018 |
34
|
Ir. Zainal B Tumian | 2019 – 2020 |
35
|
Ir. Norazlan B. Abd Aziz | 2020 – 2022 |
36
|
Ir. Fairul Azrie B. Yaacob | 2022 – Kini |
DIREKTORI
– AKAN DATANG –
HUBUNGI KAMI
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Tingkat 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,
79582 Johor Darul Ta’zim.
TEL: +(607) 266 6987 / 6988
FAKS: +(607) 266 1623 / 1624
E-MEL: jkrjohor@jkr.gov.my
PENAFIAN
Jabatan Kerja Raya Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.