PEJABAT JURUTERA DAERAH
Jabatan Kerja Raya Kota Tinggi.
Jalan Abdul Aziz,
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja ICT kerana komitmen berterusan mengemaskinikan laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi bagi manfaat semua seiring dengan melangkah ke arah matlamat sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih efisien, JKR Kota Tinggi sedia membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan bagi mencapai matlamat dasar dan menyalurkan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi yang lebih effektif dan strategik. Dengan ujudnya Laman Web penyebaran maklumat akan disalurkan dengan lebih mudah dan konsisten kepada semua pelanggan, ini adalah kerana Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi adalah salah satu jabatan kerajaan yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek-projek pembangunan samaada projek persekutuan ataupun projek negeri. Projek pembangunan tersebut merangkumi pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya dan bangunan di Daerah Kota Tinggi.
Sebagai agensi Kerajaan yang perihatin dengan arus pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat melalui internet, pihak kami tidak mahu ketinggalan dan bersaing dengan agensi-agensi kerajaan yang lain memperluaskan penggunaannya. Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang positif dari wargakerja JKR Kota Tinggi mahupun pelanggan kami bagi memantapkan lagi laman web ini demi untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.
Sekian, terima kasih dan SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB JKR Kota Tinggi.
Ir Ts Mazman Bin Mohamad
Jurutera Daerah Kota Tinggi
Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-
a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
b) Selamat digunakan
c) Kemudahan senggaraan
d) Mutu ketukangan (workmanship)
Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.
MISI JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Kota Tinggi,
Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar.
Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi pada asalnya di Bangunan Pejabat Penyelenggaraan Bangunan, Jalan, Elektrik dan Pelan yang terletak di Jalan Lombong (sekarang Jalan Tun Habab) berhadapan dengan Hospital Daerah Kota Tinggi sebelum berpindah Ke Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor. Pada Januari 2009 pejabat JKR seterusnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.
Pejabat JKR Daerah Kota Tinggi,
Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.
Dahulunya Daerah Kota Tinggi mempunyai dua (2) pejabat JKR iaitu di Daerah Kota Tinggi dan Pejabat JKR Kejora. Pada 01hb Mac 1998, JKR KEJORA telah dibubarkan dan sebahagian besar dari kakitangannya telah diserapkan ke JKR Daerah Kota Tinggi, begitu juga pembinaan dan penyelenggaraan projek-projeknya.
Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi pada asalnya di Bangunan Pejabat Penyelenggaraan Bangunan, Jalan, Elektrik dan Pelan yang terletak di Jalan Lombong (sekarang Jalan Tun Habab) berhadapan dengan Hospital Daerah Kota Tinggi sebelum berpindah Ke Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor. Pada Januari 2009 pejabat JKR seterusnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.
Jabatan Kerja Raya pada ketika itu mempunyai bahagian-bahagian seperti Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Penyelenggaraan Air yang di terajui oleh seorang Jurutera Daerah, Pembantu Teknik Jalan, Pembantu Teknik Bangunan, Pembantu Teknik Penyelenggaraan Bangunan dan Pembantu Teknik Pendidikan manakala disokong oleh Bahagian Pentadbiran, Workshop, Stor serta beberapa cawangan-cawangan kecil bagi mengendali dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Bahagian Jalan, Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan.
JKR Daerah Kota Tinggi telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kerja- kerja luar dan dalam bandar, felda-felda dan sekolah-sekolah yang mana merangkumi kerja-kerja perancangan, membina baru Bangunan Sekolah, Rumah Guru, Bangunan Am seperti Hospital, Kesihatan Bomba, Imigiresen, Polis, Mahkamah serta lain bangunan Kerajaan dan juga pembaikkan kepada membina jalan, bagi projek-projek Persekutuan dan juga Negeri.
Memandangkan keperluan semasa perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan, dimana pembangunan jalan didalam kawasan bandar, di laksanakan oleh pihak Majlis Tempatan, dan Bahagian Air telah diswastakan. Pada 15.02.2001 sebahagian bahagian jalan (Persekutuan) telah diswastakan dibawah Penyelenggaraan Selia Senggara.
SEJARAH PEJABAT JABATAN KERJA RAYA DAERAH KOTA TINGGI, JALAN ABDUL AZIZ
NAMA BANGUNAN: JKR 2482 BANGUNAN PEJABAT JKR (D) KOTA TINGGI
KELUASAN: 698.9m2
TARIKH SIAP PEMBINAAN: TAHUN 2005
KOS PEMBINAAN: RM 2,680,244.00
NO
|
NAMA | TEMPOH |
1
|
Ir. Liang Han Ching | 01.03.1972 – 31.12.1973 |
2
|
Ir. Sia Lok Lin | 01.01.1974 – 31.04.1975 |
3
|
Ir. Aziz Yadam Bin Ahmad Khalid | 01.05.1975 – 08.07.1978 |
4
|
Ir. Ismail Bin Yusof | 09.07.1978 – 09.01.1980 |
5
|
Ir. Wong Seik | 10.01.1980 – 16.01.1981 |
6
|
Ir. Syed Zain Bin Syed Mahmod | 17.01.1981 – 06.11.1982 |
7
|
Ir. Landong Bin Wakimin | 07.11.1982 – 31.03.1985 |
8
|
Ir. Zainudin Bin Mohd. Gahazali | 01.04.1985 – 06.09.1987 |
9
|
Ir. Yusof Bin A. Hamid | 07.09.1987 – 15.06.1992 |
10
|
Ir. Kairazan Bin Mansor Roosnam | 16.06.1992 – 15.05.1995 |
11
|
Ir. Kamsani Bin Johan | 15.05.1995 – 31.10.1996 |
12
|
Ir. Shahwai Bin Awang | 01.11.1996 -15.08.1998 |
13
|
Ir. Patahorahman Bin Ishak | 16.08.1998 – 16.01.2001 |
14
|
Ir. Mohd. Rahim Bin Kawangit | 16.01.2001 – 30.01.2004 |
15
|
Ir. Dzarif Bin Yaacob | 03.02.2004 – 31.01.2007 |
16
|
Ir. Kaniah Bte Ambak | 01.02.2007-16.01.2011 |
17
|
Sarihan bin Johor | 17.01.2011-15.02.2015 |
18
|
Rijal Nazli Bin Sulaiman | 16.02.2015-2016 |
19
|
Normansah Bin Bokhari | 2016 – 2021 |
20
|
Ir.Ts. Mazman Bin Mohamad | 2021 – Kini |
Jabatan Kerja Raya Kota Tinggi.
Jalan Abdul Aziz,
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.
NO | NAMA | JAWATAN | E-MEL | TEL |
---|---|---|---|---|
1. | Ir. Ts. Mazman Bin Mohamad | Jurutera Daerah / Jurutera Awam Gred J48 | mazman@jkr.gov.my | 07-883 1040 sambungan 208 |
2. | Iryanti Binti Abd. Lahmahid | Jurutera Awam Gred J41 | iryanti@jkr.gov.my | 07-883 1040 sambungan 231 |
3. | Mohd Shakirin Bin Bosra | Jurutera Awam Gred J41 | mohdshakirin@johor.gov.my | 07-883 1040 sambungan 224 |
4. | Ramon Lim | Jurutera Awam Gred J41 | ramonlim@jkr.gov.my | 07-8831040 sambungan 223 |
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Tingkat 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,
79582 Johor Darul Ta’zim.
TEL: +(607) 266 6987 / 6988
FAKS: +(607) 266 1623 / 1624
E-MEL: jkrjohor@jkr.gov.my
Jabatan Kerja Raya Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.