Menu Close

Perutusan Pengarah

Name ID icon PNG and SVG Vector Free Download  Nama:
Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz

Date icon Images | Free Vectors, Stock Photos & PSD  Tarikh Lantikan:
14 April 2021

Position - Free shapes icons  Gred Jawatan:
Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) (VU7)

Office Address icon PNG and SVG Vector Free Download  Alamat:
Pejabat Pengarah Kerja Raya Johor, Aras 4, Bangunan Dato’ Abd. Rahman Andak, Kota Iskandar, 79582 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim

telephone png icon picture | Phone logo, Phone icon, Phone hacks iphone  No. Telefon:
07-2666987

Certificate diploma - Free social icons Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (Ir.)

Certificate diploma - Free social icons Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia

Certificate diploma - Free social icons Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Universiti Teknologi Malaysia

   Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga, Sultan Ibrahim Johor (S.I.J)

   Pingat Sultan Ibrahim, Pangkat Kedua (P.S.I II)

Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak
Setiausaha Pejabat

telephone png icon picture | Phone logo, Phone icon, Phone hacks iphone  07-266 6986
Email - Free communications icons  jkrjohor@johor.gov.my

Perutusan Pengarah

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Johor. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Portal Web JKR Johor yang telah menyediakan laman portal ini.

Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan, JKR diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan di seluruh negara khususnya Negeri Johor Darul Ta’zim. Menjadi matlamat utama JKR Johor untuk memastikan semua perancangan dapat dilaksana dan organisasi ini berjalan dengan cekap, berkesan demi mencapai visi, misi dan objektif jabatan.

Melalui laman Portal ini, JKR akan cuba menyediakan maklumat kepada tiga golongan pengguna utama iaitu orang awam, perunding dan kontraktor. Bagi juruperunding dan kontraktor, maklumat seperti kenyataan tender dan penerbitan berkaitan informasi teknikal juga disediakan. Untuk orang awam pula ianya boleh di perolehi seperti maklumat dan peristiwa yang tidak dapat diramal dan terkini sebagai contoh tanah runtuh, banjir dan seumpamanya di dalam Laman Bencana Alam. Peta Jalan dan Direktori Pegawai yang hendak di hubungi juga disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan.

Maka dengan adanya laman Portal ini, JKR Johor berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan JKR Johor kepada masyarakat awam mengenai fungsi dan peranan jabatan serta menjadi saluran alternatif penyampaian maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan.

Saya berharap agar semua pelayar adalah selesa apabila melayari Portal ini. Kami mengalu-alukan sebarang aduan, cadangan dan pertanyaan untuk dikemukakan kepada kami demi menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. Maklumbalas anda sangat kami hargai.

Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz  S.I.J.; P.Eng.
Pengarah Kerja Raya Johor