PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Johor. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Portal Web JKR Johor yang telah menyediakan laman portal ini.

Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan, JKR diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan di seluruh negara khususnya Negeri Johor Darul Ta’zim. Menjadi matlamat utama JKR Johor untuk memastikan semua perancangan dapat dilaksana dan organisasi ini berjalan dengan cekap, berkesan demi mencapai visi, misi dan objektif jabatan.

Maka dengan adanya laman Portal ini, JKR Johor berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan JKR Johor kepada masyarakat awam mengenai fungsi dan peranan jabatan serta menjadi saluran alternatif penyampaian maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan.

Saya berharap agar semua pelayar adalah selesa apabila melayari Portal ini. Kami mengalu-alukan sebarang aduan, cadangan dan pertanyaan untuk dikemukakan kepada kami demi menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. Maklumbalas anda sangat kami hargai.

Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz S.I.J.; P.Eng.
Pengarah Kerja Raya Johor