KATA ALUAN
Jurutera Awam Kanan Unit Tentera
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Makmur Johor
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan ruang dan masa kepada kita dalam menyediakan kemudahan sebagai portal utama kepada para pelanggan khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai Unit Tentera khususnya dan Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor amnya.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Unit Tentera JKR Johor yang telah berusaha dan memberikan bantuan menghasilkan sebuah Laman Web Unit Tentera
Selain itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Laman Web, JKR Negeri Johor yang banyak memberikan tunjuk ajar dan maklumat dalam menghasilkan sebuah jentera maklumat yang tidak ternilai ini. Saya mewakili Unit Tentera JKR Johor akan senantiasa memastikan Laman Web Unit memberikan maklumat dan perkhidmatan yang terbaik.
Sekian, terima kasih.
Ir. Rashidi b. Senin
Jurutera Awam Kanan Unit Tentera JKR Johor
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini