Y.B Menteri Kerja Raya memilih Negeri Johor sebagai negeri pertama lawatan kerja rasmi

Negeri Johor merupakan negeri pertama lawatan kerja Y.B Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi sebagai tugasan rasmi sejak dilantik ke jawatan menteri pada November 2022.

Dato’ Sri Alex memilih Negeri Johor sebagai destinasi pertama lawatan kerja bagi meninjau status terkini projek di Negeri Johor khususnya projek infrastruktur. Turut hadir, Y.B Ir. Mohammad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool.

Ketibaan Y.B Menteri telah disambut oleh Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz.

Lawatan rangka lawatan, YB. Menteri meluangkan masa mengadakan sesi pertemuaan dengan pegawai dan kakitangan JKR Johor dan JKR Daerah sebelum mengadakan lawatan tapak ke Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17).

Jabatan Kerja Raya Johor