BAHAGIAN
KHIDMAT PENGURUSAN

KATA ALUAN

ENCIK AMBOK NANI BIN MUHAMAD NOR

ENCIK AMBOK NANI BIN MUHAMAD NOR

Sekapur Sireh,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada mereka yang banyak memberikan sumbangan, sokongan dan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk penambahbaikan laman web ini khususnya laman web Bahagian Pengurusan (Pentadbiran) JKR Negeri Johor.

Dunia masa kini dikuasai oleh teknologi dan perkembangan semasa yang sentiasa mencabar, pengurusan maklumat yang baik dan terkini menyebabkan seseorang itu terhadapan dari orang yang lain. Maklumat kini mudah tercapai melalui pencapaian internet bagi mengetahui perkembangan sama ada berbentuk negatif atau positif.

Penjawat Awam penting menguasai dunia ilmu perkhidmatan dan ilmu bidang pekerjaan masing-masing serta mengetahui perkembangan atau bahagian yang mereka duduki, oleh yang demikian setiap Penjawat Awam perlu berilmu untuk mengakses laman web yang berkaitan bagi mengetahui perkembangan semasa.

Perkembangan semasa menyebabkan pelanggan lebih menghendaki perkhimatan yang cemerlang dari Penjawat Awam. Aduan Awam kini disalurkan terus kepada kerajaan dan bukan kepada Penjawat Awam walaupun terdapat salurannya seperti Biro Pengaduan Awam dan Audit Dalam. Aduan ini berpunca dari kurangnya komunikasi atau kurangnya maklumat mengenai peranan jabatan yang berkenaan yang boleh diberikan kepada penjawat awam, Penjawat Awam tidak perlu merasa sensitif atau berkecil hati jika mendapat aduan yang tidak berasas. Malahan Penjawat Awam perlu sentiasa mengambil langkah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Dengan adanya laman web ini, ianya akan dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan Jabatan secara maya khususnya dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti-aktiviti Jabatan kepada pelanggan.

Sekian,

ENCIK AMBOK NANI BIN MUHAMAD NOR
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Khidmat Pengurusan
JKR Johor

OBJEKTIF & FUNGSI

OBJEKTIF

Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan dan organisasi JKR Johor dalam merancang, melaksana, memantau segala kemudahan yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-

  • Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.
    Pembangunan dan Pengurusan sistem kerja serta sumber manusia yang terancang.
  • Belanjawan Serta kemudahan pelbagai yang cekap dan berkesan.

FUNGSI-FUNGSI

  • Merancang keperluan sumber manusia dan struktur organisasi jabatan.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan kakitangan jabatan.
  • Meningkatkan prestasi dan kompetensi kakitangan jabatan secara berterusan.
  • Menguruskan soal perkhidmatan bagi kakitangan jabatan dengan berkesan.
  • Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber kewangan Jabatan dengan cekap dan teratur supaya selaras dengan peraturan kewangan dan kerajaan.
  • Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan/Bahagian berkaitan dengan segala hal urusan kewangan dan belanjawan.
  • Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf kemudahan awam.
  • Membudayakan penggunaan ICT di kalangan kakitangan JKR ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urusan rasmi jabatan.
  • Mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabtaan secara menyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisien dan cekap kepada Cawangan/Bahagian di JKR dalam urusan berkaitan keurusetiaan mesyuarat dan jawatankuasa utama jabatan, pentadbiran pejabat dan perkhidmatan sokongan, pengurusan aset jabatan dan urusan keselamatan.

PERKHIDMATAN

  • Bertanggungjawab terhadap aspek pengambilan jawatan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan kemasukan dalam jawatan berpencen jabatan.
  • Menyenggara dan mengemaskini data pegawai dan memproses permohonan perintah penempatan dan pertukaran pegawai.
  • Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan latihan kakitangan jabatan.
  • Penyediaan perancangan, bentuk dan keperluan latihan untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme serta kebolehan mengurus organisasi dengan lebih berkesan.
  • Mengurus dan menyediakan bajet tahunan jabatan.
  • Mengkaji sistem pengurusan kewangan dari semasa ke semasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan jabatan dalam bidang pengurusan kewangan.
  • Menguruskan aduan salah laku dan urusan tatatertib.
  • Membangun dan menambahbaik sistem aplikasi berkomputer seperti yang dirancang dalam tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan.
  • Memastikan penyelenggaraan sistem aplikasi dilaksanakan secara berterusan dan sistem berfungsi dengan baik.

CARTA ORGANISASI

  • PEJABAT KHIDMAT PENGURUSAN

    Aras 4, Bangunan Dato Abdul Rahman Andak
    Kota Iskandar
    79582 Iskandar Puteri
    Johor Darul Takzim

  • TEL

    07-2666987 (KAUNTER)

  • EMEL

    jkrjohor@johor.gov.my

NONAMAJAWATANE-MELVOIP(07-266)
1.Ambok Nani bin Muhamad NorKetua Penolong Pengarah N12/13hisyamudin@johor.gov.my7117
2.Nor Azliza binti Long BusuPenolong Pegawai Tadbir N6
Unit Sumber Manusia
norazliza@johor.gov.my6982
3.Zainudin bin Ponari Penolong Akauntan W6
Unit Kewangan
7103
4.Siti Rojimah Bt Abd RazakSetiausaha Pejabat N6 (Pengarah)rojimah@johor.gov.my6986
5.Sarimah bt SaidSetiausaha Pejabat N5
(Timb. Pengarah)
sarimah@johor.gov.my6969
6.Mohamad Aliff Afifuddin Bin HilmyPenolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
Unit Teknologi Maklumat
mohamadaliff@jkr.gov.my7295
7.Azman bin Anuar Pembantu Tadbir N4
Unit Stor
07-5103505
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content