BAHAGIAN
REKABENTUK AWAM & STRUKTUR

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurniaNya kita bertemu di dalam Portal JKR Negeri Johor. Sebagai sebuah Agensi Teknikal yang terutama di Malaysia, pastinya maklumat yang dipaparkan dalam portal ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur antaranya, menyampaikan maklumat mengenai visi dan misi jabatan dan seterusnya mendedahkan sistem pelaksanaan yang merangkumi kefungsian produk sebagaimana direkabentuk, keselamatan penggunaan dan kemudah senggaraan.

Sebagai bahagian yang masih awal kewujudan di peringkat JKR Johor, kami sentiasa progresif, berinovasi tinggi dan berwawasan meneraju pembangunan lestari dalam teknologi rekabentuk awam & struktur. Di samping, adanya perancangan yang teratur, komitmen tinggi dan kerjasama padu daripada Warga JKR Johor maka kewujudan Bahagian Reka Bentuk Awam dan Struktur sentiasa berusaha gigih menggalas tanggungjawab dan merealisasikan visi dan misi sebagai peneraju kecemerlangan rekabentuk kejuruteraan awam dan struktur.

Akhir kata, kami sentiasa  bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk kejuruteraan awam (kerja sivil) dan kejuruteraan struktur bangunan sesuatu bangunan yang menepati kos, kualiti dan tempoh siap yang dipersetujui oleh pelanggan. Kami berharap dengan kewujudan portal ini, Warga JKR Semalaysia dapat manfaatkan bersama demi penyampaian maklumat dan intipati bahagian kearah lebih berkualiti dan berkesan bagi menjayakan program yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik serta jayanya.

Sekian,

Ir. Ts. Ana Rozaininaida Binti Abd. Rahman
Jurutera Awam Kanan
Ketua Rekabentuk Awam & Struktur

OBJEKTIF & FUNGSI

Menjalankan kajian kejuruteraan dan menyediakan kepakaran rekabentuk dan sokongan dalam bidang kejuruteraan awam dan struktur kepada Cawangan-Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri / Wilayah Persekutuan atau Unit Khas JKR yang mengendali projek pembangunan infrastruktur kerajaan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada :

  1. Menyerahkan 100% rekabentuk projek/ produk mengikut jadual yang dipersetujui dalam D-Plan dengan varian 10%
  2. Menyerahkan 100% rekabentuk kejuruteraan awam dan struktur untuk projek bangunan mengikut kos yang dipersetujui dengan varian 10%.
  3. Menyiapkan 100% laporan forensik dalam tempoh 2 bulan dengan varian 10%.
  4. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.
  5. Memastikan sekurang-kurangnya 80% staf memperolehi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dengan diberi latihan/pendedahan 2 kali setahun untuk setiap orang dengan varian 10%.
  6. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 80% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).
  7. Ke arah produk berkualiti dengan menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang dari 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
    • Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk
    • Keselamatan penggunaan
    • Kemudah senggaraan
  8. Mewujudkan unit yang progresif, berinovasi tinggi, berwawasan dan menjadi peneraju pembangunan lestari dalam teknologi rekabentuk kejuruteraan awam, struktur dan jambatan dengan menyediakan tiga (3) rekabentuk berinovasi baru dan tiga (3) kertas kerja teknikal setiap tahun.

SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur di setiap Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri adalah melalui penerimaan Surat Ketua Pengarah Kerja Raya pada 26hb Julai 2019 lanjutan keputusan daripada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) JKR Bil.3 Tahun 2019 yang diadakan pada 9hb Mei 2019.

Ianya berhubung pemerkasaan peranan JKR dalam pelaksanaan projek pembangunan RP4 RMKe 11 dan RMKe 12 selaras dengan AP182, Jabatan perlu dipersiapkan untuk menghadapi pertambahan beban kerja. Di antara usaha Jabatan untuk memperkasakan penyampaian projek seperti yang diputuskan pada MPT JKR Bil 3 Tahun 2019 adalah semua projek RM20 juta ke bawah akan diserahkan kepada JKR Negeri dan penubuhan Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur di JKR Negeri.

Sehubungan itu, Jabatan telah menempatkan kakitangan di Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur di semua JKR Negeri dengan bilangan kakitangan bergantung kepada keperluan semasa di pejabat yang berkenaan.

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

NONAMAJAWATANTELEFONE-MEL
1.Ir. Ts. Ana Rozaininaida Binti Abd RahmanJurutera Awam Kanan07-266 7312ana@jkr.gov.my
2.Ir. Ts. Mohd Azni Bin MusaJurutera Awam07-266 7067mdazni@jkr.gov.my
3.Ir. Nur Insyirahnadia Binti YaakopJurutera Awam07-266 6974nurinsyirahnadia@jkr.gov.my
4.Muhammad Farith Bin PaingPenolong Pegawai Senibina07-266 7313mfarith@johor.gov.com
5.Mastura Binti FauziPenolong Jurutera Awam07-266 7309mastura.fauzi@jkr.gov.my
6.Nurul Nadhirah Binti RidzuanPelukis Pelan Awam07-266 7313nadhirahn@jkr.gov.my
7.Habibah Binti OthmanPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)07-266 7309habibah.othman@johor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content