PASUKAN PROJEK FASILITI
KATA ALUAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang banyak memberikan sumbangan, sokongan dan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk penambahbaikan laman web JKR Negeri Johor khususnya untuk Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar.
Kami sentiasa terbuka menerima sebarang pendapat , cadangan atau aduan dari pengunjung laman web ini bagi menjalankan objektif serta fungsi Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar dengan baik dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral.
Saya mewakili Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar mengucapkan ribuan terima kasih dalam menjayakan dan mewujudkan laman web ini.
Ir. Resli Azha bin Mohd Zain
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar
OBJEKTIF & FUNGSI
- Mengurus dan menyelia kontrak pengurusan fasiliti BSI / JB Sentral secara keseluruhan.
- Mengetuai Jawatankuasa Teknikal dalam membincangkan isu-isu berkenaan prestasi Kontraktor, kualiti perkhidmatan dan status bayaran.
- Memastikan ketersediaan semua aset / fasiliti dan sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa agar tidak menjejas operasi bangunan.
- Memberi nasihat teknikal kepada ‘Resident User’ di BSI khasnya kepada Bahagian Keselamatan KDN .
- Mengekalkan kefungsian fasiliti bangunan bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi.
- Aset diurus mematuhi garis panduan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA).
- Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti bangunan yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.
SEJARAH
- Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) adalah projek integrasi yang merangkumi pembinaan:
- Kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (kik) yang baru di bukit chagar – kontrak dimeterai pada 7 Mei 2003
- Jambatan untuk menggantikan tambak johor (jambatan keretapi dan kerja berkaitan) – kontrak dimeterai pada 1 Ogos 2003
- Pada 12 april 2006, kerajaan telah membatalkan kontrak jambatan “scenic bridge”.
- Pada Jun 2006, kerajaan telah mengarahkan untuk merekabentuk pembinaan laluan “permanent link” (pl) sebagai gantian kepada jambatan. Ia kemudiannya di panggil medium term link (mtl).
- Pada 1 Disember 2008, bangunan utama kik telah dirasmikan oleh dymm sultan johor dengan nama Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
- Pada 16 Disember 2008, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) mula beroperasi menggantikan kik tambak bagi kenderaan kereta, motorsikal dan bas. Pemeriksaan lori masih menggunakan kik tanjung puteri.
- pada 9 Mac 2009, kerja pembinaan medium term link dimulakan dan siap pada 8 mac 2011
- Pada 1 April 2011, pemeriksaan lori mula beroperasi di Bangunan Sultan Iskandar.
DIREKTORI
NO | NAMA | JAWATAN | NO. TEL | E-MEL |
---|---|---|---|---|
1. | Ir. Resli Azha bin Mohd Zain | Jurutera Awam Penguasa Kanan, J54 | 07-218 8003 | resli@jkr.gov.my |
2 | Ir. Huzairinah Binti Hussin | Jurutera Elektrik Kanan J48 | 07-218 8003 | huzairinah@jkr.gov.my |
3 | Sr. Mohd Nazib Bin Md Samri | Juruukur Bahan Kanan J48 | 07-218 8003 | nazib@jkr.gov.my |
4 | En. Hazlan Bin Saringat | Jurutera Mekanikal J44 | 07-218 8003 | hazlans@jkr.gov.my |
5 | Pn. Siti Salhah Binti Rahaman @ Abd Rahman | Jurutera Awam J44 | 07-218 8003 | sitisalhah@jkr.gov.my |
6 | Pn. Nur Aisyah Binti Nordin | Jurutera Elektrik J41 | 07-218 8003 | nuraisyahn@jkr.gov.my |
7 | Pn. Siti Nur Rasyiqah Binti Suhaimi | Penolong Juruukur Bahan JA29 | 07-218 8003 | rasyiqah@jkr.gov.my |
8 | En. Anuar Mahidi Bin Abdul Ghani | Penolong Jurutera Mekanikal JA29 | 07-218 8003 | anuarmahidi@jkr.gov.my |
9 | Pn. Nur Khatimah Binti Mat Zin | Penolong Jurutera Awam JA29 | 07-218 8003 | nkhatimahmz@jkr.gov.my |
10 | Pn. Fazliza Binti Bahadun | Penolong Jurutera Elektrik
JA29 | 07-218 8003 | fazliza@jkr.gov.my |
HUBUNGI KAMI
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Tingkat 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,
79582 Johor Darul Ta’zim.
TEL: +(607) 266 6987 / 6988
FAKS: +(607) 266 1623 / 1624
E-MEL: jkrjohor@jkr.gov.my
PENAFIAN
Jabatan Kerja Raya Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
STATISTIK


