Visi

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, jika menzahirkannya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu;

Visi JKR

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

MISI

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan;

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan system kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.