JKR DAERAH KULAI

KATA ALUAN

Ir. Ts. MUHAMAD AZRULANUAR BIN ZAKARIA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan perkenan Nya jua, laman web JKR (D) Kulai ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Selamat datang juga diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi JKR (D) Kulai. Sebagai Jabatan Teknikal utama di Daerah Kulai, JKR berhasrat untuk menjadi pusat rujukan teknikal dan agensi pelaksana terbaik melalui penambahbaikan berterusan kepada sistem penyampaian yang telah dibangunkan di dalam bidang yang telah dipertanggungjawabkan. JKR (D) Kulai juga beriltizam untuk memastikan objektif pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diamanahkan dapat diterjemahkan keberhasilannya kepada masyarakat setempat.

Maka dengan adanya laman web ini, JKR (D) Kulai berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan perancangan aktiviti dan kerja-kerja yang telah dilaksanakan termasuk kenyataan tender dan sebutharga, berserta infografik dan penerbitan teknikal untuk manfaat bersama. JKR (D) Kulai juga berharap agar pengguna tertarik dan selesa untuk melayari berita dan informasi yang disediakan. JKR (D) Kulai juga mengalu-alukan sebarang aduan dan pertanyaan dalam memastikan penambahbaikan terhadap cadangan dan pelaporan yang dibuat dapat disegerakan. Maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan JKR (D) Kulai turut dialu-alukan.

JKR (D) Kulai juga berazam untuk memastikan organisasi ini berjalan dengan cekap dan efisyen selaras dengan visi, misi dan objektif Jabatan Kerja Raya Malaysia. Selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) juga, JKR berperanan sebagai game changer kepada sistem perkhidmatan awam di Daerah Kulai untuk masa hadapan yang lebih baik agar kekal relevan di dalam industri. Sehubungan itu, saya menyeru agar laman web JKR (D) Kulai ini dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru, ianya akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh masyarakat setempat.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Ir. Ts. MUHAMAD AZRULANUAR BIN ZAKARIA
Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Daerah Kulai

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

    a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
    b) Selamat digunakan
    c) Kemudahan senggaraan
    d) Mutu ketukangan (workmanship).

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

SEJARAH

Pada awalnya JKR Kulaijaya hanya sebuah stor kecil Unit Jalan JKR Johor Bahru yang di kawal selia oleh seorang Juruteknik dan sekumpulan kakitangan sokongan yang terdiri daripada pemandu dan Pekerja Am bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin jalan dan segala kerja pembinaan dan baik pulih di seluruh kawasan di dalam daerah Kulaijaya tertakluk di bawah penguasaan Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru.
14 kakitangan JKR Johor Bahru yang akhir berkhidmat di Unit Jalan Zon Kulai, JKR Johor Bahru.

  • En. Ahmad Fairouz Bin Mohamed Dan (Juruteknik J17)
  • En. Muslim Bin Ishak (Pemandu Kanan R6)
  • En. Roslan Bin Ya’cob (Pemandu R3)
  • En. Shamsur Bin Mohd Sharif (Pemandu R3)
  • En. Adam Bin Hamim (Pemandu R3)
  • En. Abdullah Bin Salleh (PRA R1)
  • En. Mohd Sharif Bin Osman(PRA R1)
  • En. Azman Bin Arjan(PRA R1)
  • En. Ali Bin Jani(PRA R1)
  • En. Azrin Bin Ahmat (PRA R1)
  • En. Zulkifli Bin Arshad (PRA R1)
  • En. Abdul Jalil Bin Abdullah(PRA R1)
  • En. Zaharuddin (PRA R1)
  • En. Mohd Lazim Bin Othman (PRA R1)

Bermulanya 16 Jun tahun 2010 bersamaan 4 sya’ban 1431, penempatan Jurutera Daerah, Tn. Hj. Abdul Jalil Bin Abdul Wahab. Tertubuh secara rasminya sebuah Jabatan Kerja Raya Daerah Kulaijaya.

7 kakitangan pengurusan yang di tempatkan di JKR daerah Kulaijaya pada awal penubuhannya :

  • En . Mohd Bakti Bin Khalid (Jurutera Awam J41)
  • En. Rosaidi Bin Hj. Jamal (Penolong Jurutera J29)
  • En. Ahmad Fairouz Bin Mohamed Dan (Juruteknik J17)
  • Cik Nurul Azmira Binti Azaman (Juruteknik J17)
  • En. Mohd Aizat Binti Esa (Juruteknik J17)
  • Pn. Umi Kalsom binti (Pembantu Tadbir N17)
  • En. Saat bin Masran (Tukang K3)
  • En. Shanker (Tukang K2)

Memandang jabatan ini masih baru bertapak di Kulaijaya, maka hanya sebilangan bahagian pengurusan yang beroperasi antaranya:

  • Bahagian pentadbiran
  • Bahagian jalan
  • Bahagian bangunan
  • Bahagian kewangan ( baru di wujudkan awal Disember 2010)

SENARAI JURUTERA DAERAH KULAI

NO
NAMA  TEMPOH
1
Haji. Abdul Jalil  Bin Abdul Wahab  01.10.2010 – 28.05.2015
2
Ir. Azizan Bin Mohamed Yasin  26.05.2015 – 03.02.2016
3
Mohd Isa Bin Sulaiman  01.03.2016 – 13.10.2016
4
Ir. Haji Maaz Bin Baheram  13.10.2016 – 19.02.2018
5
Md. Hanif Bin Abdullah  19.02.2018 – 01.08.2022
6
Ir. Mohd Khairuul Khair Shah Bin Abdullah Sani  01.08.2022 – Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH

    PEJABAT JURUTERA DAERAH
    Jabatan Kerja Raya Daerah Kulai,
    JKR 2255, Jalan Pejabat Kerajaan,
    Bukit Liki,
    81000 Kulai,
    Johor Darul Takzim

  • 07-663 2969
  • 07-663 1294
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content