CAWANGAN PENGURUSAN
ASET BERSEPADU (CPAB)

KATA ALUAN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas kepada Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Johor kerana telah mempunyai laman webnya sendiri.

Walaupun laman web ini adalah sebahagian dari laman web induk JKR Johor, tetapi ia memainkan peranan yang agak penting untuk memberi maklumat aktiviti dan tugas Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Johor secara ‘on-line’ kepada orang ramai.

Adalah diharapkan pada masa akan datang laman web ini memberi impak yang lebih berkesan kepada Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Johor dan juga JKR Negeri Johor. Kerjasama pegawai dan kakitangan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Johor dalam menjayakan dan mewujudkan laman web ini adalah sangat-sangat dihargai.

Selamat maju jaya.

Sekian.

Ir. Hj Mohd Isa bin Sulaiman
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu
JKR Johor

OBJEKTIF & FUNGSI

MEMBUAT PERANCANGAN STRATEGI PENGURUSAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan perancangan strategi, iaitu pelan stratigi pengurusan Aset (PSPA) (Operasi) disedia dan ditadbir urus bagi mencapai objektif yang ditetapkan; dan
  • Memastikan perancangan dan kawalan perbelanjaan pengurusan aset dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

MELAKSANAKAN AUDIT PENERIMAAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

Memastikan penerimaan aset menepati piawaian, kehendak keselamatan, fungsi yang ditetapkan dan boleh disenggara dengan berkesan

MEMBANTU MEMBUAT AUDIT PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB OPERASI DAN PENYELENGGARAAN ASET PELANGGAN

  • Memastikan tahap fizikal aset dari agensi pemilik yang akan dipertanggungjawabkan penyelenggaraannya kepada JKR hendaklah dalam keadaan yang baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Bagi penyelenggaraan jalan prosedur ini bertujuan membantu Pegawai Perancangan Dan perolehan Fasiliti (PPPF) dalam merancang, menyedia dan melaksanakan proses penyerahan yang melibatkan pemeriksaan kualiti kerja yang mengikut spesifikasi dan pengumpulan dokumen yang telah ditetapkan bagi tujuan penyerahan projek jalan persekutuan yang telah siap dibina kepada Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ) bagi tujuan penyelenggaraan.

MEMBUAT PENDAFTARAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan setiap aset didaftarkan dan diberi Nombor Identifikasi Daftar Premis Aset (No. DPA) dan Daftar Aset Khusus (DAK) yang unik; dan
  • Mewujudkan pangkalan data aset yang lengkap, tetap dan terkini dalam bentuk digital atau Cetakan

MENJALANKAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

Memastikan operasi dan penyenggaraan aset dapat dilaksanakan dengan sistematik dan komprehensif dengan mengambil kira perancangan aktiviti dan belanjawan tahunan yang diperuntukkan

MELAKSANAKAN PENILAIAN KEADAAN/ PRESTASI ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan bahawa keadaan/ prestasi aset sentiasa berada pada tahap yang optimum dan boleh diharapkan;
  • Memastikan bahawa aktiviti penilaian keadaan/ prestasi aset dilakukan dengan lebih sistematik cekap dan berkesan; dan
  • Menyediakan Laporan Perakuan Tindakan Susulan supaya tahap perkhidmatan aset memenuhi objektif organisasi

MEMBUAT PERANCANGAN DAN MELAKSANA KERJA PEMULIHAN/ UBAHSUAI/ NAIKTARAF

  • Memastikan aset yang dipulih/ubah suai/naik taraf menepati piawaian dan fungsi yang telah ditetapkan atau dikehendaki;
  • Memastikan aset yang dipulih mencapai matlamat asal;
  • Memastikan aset yang diubah suai mencapai matlamat yang ditetapkan; dan
  • Memastikan aset yang dinaik taraf dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan

MEMBUAT PELUPUSAN ASET JALAN DAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

  • Memastikan semua aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan dilupuskan;
  • Memastikan aset dilupuskan dengan cara yang betul dan sistematik serta mendapatkan hasil/pulangan yang terbaik; dan
  • Membatalkan Perwataan Jalan Persekutuan mengikut Akta Jalan Persekutuan (1959)

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

NONAMAJAWATANE-MELVOIP
1.Ir. Haji Mohd Isa Bin SulaimanJurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54mohdisa@jkr.gov.my7046
2.Ir. Jayanthi A/P ChinapanJurutera Awam Kanan Gred J48jayanthic@jkr.gov.my6940
3.Jurutera Awam Gred J447294
4.Jurutera Awam Gred J417067
5.Ir. Rosaidi Bin JamalJurutera Awam Gred J41rosaidi.jamal@jkr.gov.my6928
6.Penolong Jurutera Kanan Gred JA386929
7.Muhamad Nizam Bin YunusPenolong Jurutera Gred JA29muhamadnizam@jkr.gov.my7045
8.Muhammad Hariz Bin Muhammad RadziPenolong Jurutera Gred JA29harizradzi@jkr.gov.my6947
9.Mohd Azri Bin Mohd SabriPenolong Jurutera Gred JA296973
10.S’Ainie Binti AhmadPenolong Jurutera Gred JA29ainie@jkr.gov.my7071
11.Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
12.Shahidah Binti SamatPembantu Awam Gred H11shahidah.samad@johor.com.my6935
13.Jamaluddin Bin IsmailPemandu Kenderaan Gred H11jamaluddin.ismail@johor.com.my6924
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.