JKR DAERAH
BATU PAHAT

KATA ALUAN

Ir. FAIRUL AZRIE BIN YAACOB

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Syukur alhamdulillah penantian sejak sekian lama untuk menatap wajah baru laman web JKR Batu Pahat akhirnya terlaksana dengan lahirnya penjenamaan semula portal web JKR Batu Pahat. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Batu Pahat yang telah mengambil inisiatif untuk berusaha gigih dan bekerja keras ke arah merealisasikan wajah baru laman web JKR Batu Pahat.

Saya amat berharap portal web ini akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada kakitangan JKR Batu Pahat, tetapi juga kepada pelanggan dan masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat berhubung tugas dan tanggungjawab JKR Batu Pahat.

Usaha sebegini harus diberi pujian yang tinggi kerana melalui laman web ini, ia dapat menjadi wadah kepada jabatan untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dan berkesan Ia juga dapat menonjolkan identiti dan imej jabatan; bukan sahaja kepada kakitangan tetapi juga kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat.

Semoga usaha murni ini akan disusuli pula dengan usaha-usaha lain, supaya jabatan ini sentiasa diyakini dan dihormati oleh masyarakat.

Akhir kata, hidup kita mestilah berjasa. Jasa Kepada Rakyat.

Ir. Fairul Azrie b Yaacob
Jurutera Daerah
JKR Daerah Batu Pahat

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

    a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
    b) Selamat digunakan
    c) Kemudahan senggaraan
    d) Mutu ketukangan (workmanship).

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

SEJARAH

  • Ditubuhkan pada Januari 1894 (21 tahun selepas penubuhan Jabatan Tanah & Kerja Raya Johor).
  • Diketuai oleh Sulaiman bin Md. Salleh sehingga 1910.
  • Dikenali sebagai Ketua Kerjaya, Bandaran & Ukur.
  • 1911 – Sistem Pentadbiran Paralelisma diperkenalkan dimana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah (Dato’ Muhamad Salleh bin Perang) digabungkan dengan Pegawai Daerah berbangsa inggeris iaitu J.L. Humphreys yang mana mengambil alih tugas Ketua Kerjaya, Bandaran & Ukur.
  • 1939 – Diketuai oleh seorang Inggeris bernama J.W.S. Anderson.
  • JKR Batu Pahat diterajui oleh beberapa pemimpin Inggeris sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan.
  • Pada tahun 1958, JKR Batu Pahat telah dipimpin oleh seorang Jurutera Daerah berbangsa Melayu bernama Ahmad bin Abdul Aziz sebelum diambil-alih oleh dua Jurutera Daerah berbangsa Inggeris setahun kemudian sehingga tahun 1965.
  • Bermula tahun 1965 JKR Batu Pahat terus dipimpin oleh anak tempatan sehingga kini.

SENARAI JURUTERA DAERAH BATU PAHAT

NO
NAMA TEMPOH
1
J.W.S. Anderson 1939 – 1940
2
J.H. West 1940 – 1941
3
F.E.B. Murphy 1941 – 1946
4
S.A. Jordan 1946 – 1949
5
D.W. Grehan 1949 – 1951
6
C.R. Hawkins 1951 – 1953
7
D.J.M. Carvili 1953 – 1954
8
H.M. Hiddes 1954 – 1955
9
G.M. Sampson 1955 – 1956
10
J. Halliday 1956 – 1957
11
J.W. Wright 1957 – 1958
12
Ahmad Bin Abdul Aziz 1958 – 1959
13
R.M. Stewart 1959 – 1962
14
R.S. Whitelaw 1962 – 1965
15
Quek Seng Hin 1965 – 1966
16
Shamsuri Bin Haji Ali 1966 – 1970
17
Lim Eng Sun 1970 – 1972
18
S. Devendran 1972 – 1975
19
Siew Kok Hong 29.12.1975 – 16.08.1980
20
Mohd. Hatta Bin Bakri 27.08.1980 – 31.10.1983
21
Hassan Bin Haron 01.11.1983 – 31.05.1990
22
Ng Ah Kow 01.06.1990 – 01.02.1996
23
Shahar Bin Mohd. Shah 16.05.1996 – 18.06.1997
24
Hamidun Majid Bin Abdul Hamid 01.07.1997 – 31.05.1999
25
Shafii Bin Mohamad 01.06.1999 – 31.01.2004
26
Shamsul Akmar Bin Abdul Munir 01.02.2004 – 31.05.2005
27
Nordin Bin Mohamed Salleh 01.06.2005 – 15.08.2008
28
Hamdan Bin Ali 18.08.2008 – 31.12.2008
29
Badrul Hisham Bin Abdullah 01.01.2009 – 31.01.2010
30
Ir. Khalid Bin Omar 01.02.2010 – 31.10.2011
31
Hadzeri Bin Hashim 01.11.2011 –26.05.2015
32
Ir. Alias Bin Mohd Zin 26.05.2015 – 2018
34
Ir. Zainal B Tumian 2019 – 2020
35
Ir. Norazlan B. Abd Aziz 2020 – 2022
36
Ir. Fairul Azrie B. Yaacob 2022 – Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

– AKAN DATANG –

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content