BAHAGIAN
KONTRAK & UKUR BAHAN

KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Syukur kehadrat Allah S.W.T, Bahagian Ukur Bahan JKR Johor juga diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama menjayakan laman web JKR Johor ini. Dengan ini membuktikan Bahagian Ukur Bahan, JKR Johor telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi bersama-sama menyahut seruan kerajaan di dalam memperkembangkan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) di dalam urusan seharian jabatan.

Laman Web Rasmi ini direka untuk memudahkan para pengguna TERUTAMA PIHAK KONTRAKTOR UNTUK mendapatkan maklumat mengenai jabatan dan bahagian. Tajuk-tajuk utama dikenalpasti dan disusun untuk memudahkan pengguna. Maklumat berkaitan Tender dan Sebutharga juga boleh diperolehi melalui laman web ini.

Saya bagi pihak Bahagian Kontrak & Ukur Bahan juga mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk menambahbaik laman web ini khususnya untuk Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Johor. Penambahbaikan adalah sangat penting bagi memastikan Laman Web JKR Johor dapat menjadi satu platform yang berguna untuk setiap lapisan masyarakat.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, para pengguna digalakkan untuk berhubung terus kepada pegawai-pegawai di Bahagian Ukur Bahan JKR Johor melalui Direktori Pegawai yang disediakan.

Kerjasama pegawai dan kakitangan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Johor dalam menjayakan dan mewujudkan laman web ini adalah sangat-sangat dihargai.

Sr Mohamad Nizam bin Yusof
Juruukur Bahan Penguasa
Bahagian Kontrak & Ukur Bahan

OBJEKTIF & FUNGSI

Mengurus Perolehan

  1. Sebutharga
  2. Perolehan Secara Konvensional
    • Tender Terbuka
    • Tender Terhad
    • Rundingan Terus
  3. Perolehan Kerja Tender Secara Reka Dan Bina
    • Tender Terbuka
    • Tender Terhad
    • Rundingan Terus
    • Perolehan Secara Darurat
    • Perolehan Kerja Pembiayaan Asing
    • Perolehan Kerja Wang Peruntukan Sementara
      1. Secara Lantikan Terus
      2. Secara Sebutharga
      3. Secara Tender

Mengurus Pentadbiran Kontrak

  • Bayaran Pendahuluan
  • Penyediaan Dokumen Kontrak
  • Penyediaan Bayaran Interim
  • Menyedia Dan Menyemak Arahan Perubahan Kerja
  • Menyedia Dan Menyemak Pelarasan Harga Kontrak
  • Menyedia Dan Menyemak Perakuan Kelewatan Dan Lanjutan Masa
  • Menyedia Dan Menyemak Perakuan Kerja Tidak Siap
  • Penyediaan Penilaian Tuntutan
  • Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
  • Penyediaan Perakuan Muktamad
  • Penyediaan Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan
  • Penyediaan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan Dan Pelepasan Bon
  • Pelaksanaan / Tuntutan Wang Tertentu

SENARAI KETUA BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN JKR JOHOR

BIL NAMA TAHUN
1. Hashim Bin Sikan 1971-1972
2. Ahmad Bin Mansur 1973-1976
3. Kamaruddin Bin Alias 1977-1978
4. Kathira Vello 1978-1979 (Memangku)
5. Fathilah Binti Mustapa 1980-1981
6. Tan Kim Lian 1982-1985
7. Norashikin Binti Dato’ Khalid 1985-1987
8. Fadzilah Binti Abdul Samad 1988-1991
9. Norsiah Binti Pakeer Mohd 1991-1992
10. Maznah Binti Nordin 1992-1995
11. Umi Kalthom Binti Abdul Kapi 1995-1996 (Memangku)
12. Sr. Norshimah Binti Meon 1997-2002
13. Sr. Mohd Ghazali Bin Jaafar 2004-2005
14. Ramzah Binti Ahmad 2006-2007 (Memangku)
15. Sr. Mohd Ghazali Bin Jaafar 2008-2011
16. Sr. Hajah Zaiha Binti Ariffin 2011-2014
17. Sr. Hajah Noraini Binti Othman 2014-2019
18. Sr. Haji Mohd Razip Bin Ishhak 2019-2022
19. Sr. Mohd Jalil bin Esman 2023-Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

  • BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

    Aras 5, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
    Kota Iskandar
    79582 Iskandar Puteri
    Johor Darul Ta’zim

  • TEL: 07-266 7085
  • FAKS: 07-266 1623
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content