PEJABAT JURUTERA DAERAH
Jabatan Kerja Raya (D) Muar
Jalan Othman,
84000 Muar,
Johor Darul Takzim.
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web, Jabatan Kerja Raya Daerah Muar kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata-kata aluan dalam Laman Web JKR Daerah Muar. Disamping mendedahkan fungsi dan peranan Jabatan kepada pelanggan/kakitangn JKR ianya juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan maklumbalas kakitangan JKR dan pelanggan supaya interaksi dua hala antara Jabatan dan pelanggan/ Kakitangan JKR dikekalkan. Cara sebegini akan dapat menjalinkan serta mempereratkan lagi pertalian antara pegawai-pegawai dan warga JKR Muar dengan pelanggan.
Saya dengan penuh yakin dan percaya, semua kakitangan JKR Muar akan terus berkerja sebagai satu pasukan, berdedikasi dan bersatu padu agar objektif untuk mencapai kecemerlangan organisasi akan sentiasa direalisasikan. Adalah menjadi harapan saya dengan wujudnya laman Web ini dipersada dunia tanpa sempadan dapat memberikan kepuasan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat dan produk yang ditawarkan oleh Jabatan Kerja Raya Muar dengan cara yang mudah dan pantas. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan laman web ini.
Ir Hairul Faizi bin Parham
Jurutera Daerah
JKR Daerah Muar
– AKAN DATANG –
Pada mulanya Jabatan Kerja Raya Muar di Ketuai oleh Datuk Mat Salleh bin Perang. Beliau telah di tugaskan mengetuai Jabatan Ukur, Tanah dan Kerja Raya Johor. Aktiviti dan fungsi Jabatan Kerja Raya Muar bermula daripada 10 April 1887 (tarikh Datuk Bentara Luar Johor mula tugasnya membangunkan Muar Modern).
Dalam tahun 1892 YB Setiausaha Kerajaan Johor telah mengarahkan Ungku Endut bertukar ke Muar untuk menubuhkan sebuah Jabatan Kerja Raya yang berpindah dari Jabatan Ukur dan Tanah. Sebelum ini Ungku Endut adalah Penolong Penguasa Jabatan Kerja Raya Johor di bawah En Yahya bin Shaaban Al datar yang menjadi Penguasa nya.
Sebelum ini Pentadbiran JKR, Muar terletak di Bangunan Sultan Abu Bakar Jalan Petri Muar iaitu dari tahun 1922 hingga 31.05.1974. JKR muar telah berpindah ke Bangunan sendiri di Jalan Othman Muar Johor yang ada sekarang ini pada 01.06.1974. Bangunan ini sebelumnya sebuah Rumah Persinggahan Muar.
SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
NO
|
NAMA | TEMPOH |
1
|
Luis Henry James Wilson | 24.2.1912 – 3.3.1913 |
2
|
Lambert Bowen | 14.3.1913 – 26.12.1915 |
3
|
Ringrose Charles Drew | 1.3.1915 – 23.2.1919 |
4
|
Oscar Wilson | 1.1.1920 – 28.2.1919 |
5
|
Mark Casey | 1.3.1921 – 9.4.1923 |
6
|
W.H. Hip Well | 10.4.1923 |
7
|
J.S. Boissier | 1.1.1929 |
8
|
S. Brayshay | 12.1.1933 – 9.11.1934 |
9
|
William Humphery Hipwell | 1.4.1940 – 30.9.1940 |
10
|
M.G. Furgusan | 1.10.1940 – Masa Pendudukan Jepun |
SELEPAS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
NO
|
NAMA | TEMPOH |
1
|
Md.Tahir b. Awang | 9.1.1943 – 27.1.1945 |
2
|
S.A. Jordan | 27.1.1945 – 1.1.1946 |
3
|
M.B. Hember | 18.4.1946 – 18.6.1947 |
4
|
S.A. Jordan | 18.6.1947 – 27.2.1948 |
5
|
J.A. Henderson | 27.2.1948 – 8.6.1948 |
6
|
A.D. Campbell B.S.C. | 21.6.1948 – 26.2.1951 |
7
|
L.S. Dodd | 26.2.1951 – Feb.1953 |
8
|
R.R.H. Rains | (Relief) Feb. 1953 |
9
|
E.S. Pollard | Mac 1953 – 10.12.53 |
10
|
R.W. Baker | 30.12.1953 – 11.06.1956 |
11
|
G.M. Samson | 11.6.1956 – 11.4.1957 |
12
|
Tong Kay Chor | 11.4.1957 – 5.8.1957 |
13
|
Ir. J. W. Wright | 05.08.1957 – 28.02.1958 |
14
|
Ir. William Manson Hing | 01.3.1958 – 31.03.1960 |
15
|
Ir. Charles Gorman | 01.04.1960 – 13.06.1965 |
16
|
Ir. T.A. Jegaraj | 13.06.1965 – 11.11.1967 |
17
|
Ir. Lee Kim Seng | 11.11.1067 – 29.01.1970 |
18
|
Ir. Jhiu Hon Seng | 28.01.1970 – 15.06.1973 |
19
|
Ir. Tham Soon Yoon | 15.06.1973 – 10.8.1976 |
20
|
Ir. Lim Boon Kang | 10.08.1976 – 15.10.1977 |
21
|
Ir. Quah Kean Yeang | 15.10.1977 – 15.10.1979 |
22
|
Ir. Ooi Gin Hoay | 15.10.1979 – 31.12.1983 |
23
|
Ir. Harchand Singh | 01.01.1984 – 31.05.1990 |
24
|
Ir. Yeap Nie Tian | 01.06.1990 – 16.03.1995 |
25
|
Hj. Mahadi bin Latiff | 16.03.1995 – 16.02.2004 |
26
|
Hj. Ahmad Baidove b. Hj. Anuar | 16.02.2004 – 16.04.2005 |
27
|
Mohd Arif b. Abu Bakar | 16.04.2005 – 16.05.2005 |
28
|
Hj. Kamarudin b Kadis | 16.10.2005 – 15.10.2006 |
29
|
Sa’don bin Hussein | 15.10.2006 – 16.11.2007 |
30
|
Othman bin Nordin | 16.11.2007 – 15.04.2009 |
31
|
Zainal Abidin bin Hassan | 16.04.2009 – 09.08.2010 |
32
|
Ramli bin Osman | 09.08.2010 – 16.07.2014 |
33
|
Rohaya binti Abdul Mois | 17.07.2014 – 25.05.2015 |
34
|
Ir. Haji Nordin bin Abdul Rahman | 26.05.2015 – 30.04.2017 |
35
|
Ir. Rahmat bin Rashib | 01.05.2017 – 2020 |
36
|
Azraie bin Abd Jalal | 2021 – Kini |
Jabatan Kerja Raya (D) Muar
Jalan Othman,
84000 Muar,
Johor Darul Takzim.
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Tingkat 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,
79582 Johor Darul Ta’zim.
TEL: +(607) 266 6987 / 6988
FAKS: +(607) 266 1623 / 1624
E-MEL: jkrjohor@jkr.gov.my
Jabatan Kerja Raya Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.