BAHAGIAN BANGUNAN

KATA ALUAN

Mohammad Kamal bin A Rahman

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Bahagian Bangunan, JKR Johor yang telah bersama-sama berusaha dan memberikan bantuan dalam membangunkan sebuah Laman Web Bahagian Bangunan yang menjadi sebahagian daripada Laman Web utama JKR Negeri Johor. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi yang telah memberikan ruang dan masa kepada kita dalam menyediakan kemudahan ini sebagai alternatif kepada para pelanggan khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor.

Selain itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Laman Web , JKR Negeri Johor yang banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan sebuah jentera maklumat yang tidak ternilai ini.

Saya mewakili Bahagian Bangunan, JKR Johor akan memastikan Laman Web Bahagian Bangunan, JKR Johor sentiasa dikemaskini agar dapat memberikan informasi terkini, serta mesra pengguna dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Mohammad Kamal bin A Rahman
Jurutera Awam Penguasa,
Bahagian Bangunan
JKR Johor

OBJEKTIF & FUNGSI

OBJEKTIF

  1. Merancang, menyelaras dan mengawasi pelaksanaan projek¬projek persekutuan dan negeri yang disalurkan kepada JKR Negeri.
  2. Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk sivil dan struktur bagi projek-projek yang baru.
  3. Menyelaras kemajuan pelaksanaan fizikal dan kemajuan kewangan projek-projek bangunan Negeri dan Persekutuan.
  4. Menyelaras kerja-kerja Penyelenggaraan bangunan Negeri dan beberapa bangunan Persekutuan.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang memerlukan.

PERKHIDMATAN

Bahagian Bangunan, JKR Johor terdiri daripada 22 orang kakitangan yang diketuai oleh Jurutera Awam Penguasa (J52). Secara amnya, Bahagian Bangunan, JKR Johor dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal. Seterusnya ianya dipecahkan kepada beberapa unit seperti berikut :-

a) Unit Fasiliti & Projek Negeri

b) Unit Fasiliti Persekutuan

c) Unit Projek Persekutuan

d) Unit Projek Khas

Secara khususnya, Bahagian Bangunan, JKR Johor bertanggungjawab di dalam melaksanakan pengurusan projek sebelum pembinaan projek dijalankan. Oleh yang demikian, Bahagian Bangunan, JKR Johor banyak berhubung dengan pihak pelanggan di peringkat perancangan projek. Antara pihak pelanggan Bahagian Bangunan, JKR Johor adalah seperti berikut :-

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (Politeknik & Universiti Tempatan)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Kementerian Perumahan Kajian Tempatan (KPKT)
  • Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan (ICU Negeri)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri)
  • Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)
  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
  • Jabatan Pertanian Negeri Johor

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

  • BAHAGIAN BANGUNAN

    Aras 5, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
    Kota Iskandar
    79582 Iskandar Puteri
    Johor Darul Ta’zim

  • TEL: 07-266 7059
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content