Timbalan Pengarah
Kerja Raya Johor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya , kita diberi peluang berjumpa di penghujung tahun 2024. Saya mengucapkan salam sejahtera kepada seluruh warga kerja JKR Negeri Johor .

Halatuju JKR Negeri Johor terutamanya dalam menyiapkan projek pembangunan bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri Johor merupakan peranan utama kita. Peruntukan Persekutuan dan Negeri yang di salurkan  ke JKR Negeri Johor perlu di selaraskan secara sistematik  bermula dari fasa perancangan, rekabentuk dan berakhir ke fasa pembinaan kearah  memberi perkhidmatan yang  selesa dan selamat kepada pelanggan kita .

Saya percaya dengan segala kepakaran profesional yang JKR ada,  kita masih mempunyai peluang yang luas untuk terus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat ke tahap yang lebih tinggi. Disamping itu, warga kerja JKR perlulah mengamalkan sikap berintegriti demi menjaga imej JKR yang cemerlang selaras dengan misi dan visi jabatan.

Saya berharap agar semua pelayar adalah selesa apabila melayari Portal ini. Kami mengalu-alukan sebarang aduan, cadangan dan pertanyaan untuk dikemukakan kepada kami demi menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. Maklumbalas anda sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

– kosong –
Timbalan Pengarah Kerja Raya Johor