CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK JKR JOHOR
Kompleks JKR Johor 2,
Taman Nusantara,
81550 Gelang Patah, Johor.
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya selaku Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi JKR Negeri Johor.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini secara berterusan. Kami sentiasa terbuka menerima sebarang pendapat , cadangan atau aduan dari pengunjung laman web ini bagi menjayakan visi, organisasi dan merealisasikan perkhidamatan kepada semua pelanggan.
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor sedia membantu pelanggan kami bagi mencapai matlamat dasar dan menyalurkan perkhidmatan yang lebih effektif dan strategik. Selain itu, pengunjung laman web ini boleh mendapatkan maklumat mengenai info, organisasi, visi dan sebutharga dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor di laman rasmi kami di platform media sosial.
Akhir kata, bersamalah dalam membantu kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mempertingkatkan mutu kerja untuk manfaat kepada semua.
Ir. Ts. Haji Kamaruzaman Bin Kasimin
Ketua Jurutera Elektrik Negeri
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor
Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Rekabentuk & Perolehan)
Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Elektrik)
Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Elektrik)
Perkhidmatan Pentadbiran
1 | Ho Fei Yinge | 01/06/1970 – 25/06/1971 |
2 | Goh Choo Nyh | 01/07/1971 – 31/12/1973 |
3 | Tang Pei Tee | 01/04/1974 – 31/08/1979 |
4 | Ng Kee Huat | 17/09/1979 – 31/12/1983 |
5 | Shu Sing Pang | 01/01/1984 – 31/03/1984 |
6 | Cheah Ain Chuan | 16/04/1984 – 30/06/1990 |
7 | Ahmad Mokhtar B. Che Man | 01/07/1990 – 30/01/2000 |
8 | Tn. Hj. Mohd Rashid B.Ishak | 11/12/2000 – 01/09/2014 |
9 | Ir. Hj Roslee Bin Md Saad | 01/10/2014 – 04/01/2016 |
10 | Md Yazid Bin Aris | 04/01/2016 – 04/10/2021 |
11 | Ir. Ts. Hj Kamaruzaman Bin Kasimin | 01/01/2022 – Kini |
JKR Elektrik Johor telah ditubuhkan pada awal tahun 1972 bertempat di Workshop Negeri, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Jabatan ini menjalankan pengurusan pentadbiran dan projek. Pada tahun 1973, Bahagian Penyelenggaraan telah ditempatkan di Blok Yard, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Ianya bertujuan untuk menjalankan operasi penyelenggaraan di bangunan-bangunan kerajaan.
Pada pertengahan tahun 1976, Bahagian Penyelenggaraan dan pentadbiran telah ditempatkan di dalam satu bangunan di Jalan Kebun Teh bagi memudahkan sebarang proses yang dijalankan. Namun, pada 1 Oktober 2011, Cawangan Kejuruteraan Elektik Negeri Johor telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di Kompleks JKR Johor 2, Taman Nusantara, Gelang Patah Johor. Majlis penyerahan bangunan baru tersebut telah diadakan pada 24 April 2012 yang telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Johor, Dato’ Ir. Hj. Abu Bakar Bin Ahmad.
Kompleks JKR Johor 2,
Taman Nusantara,
81550 Gelang Patah, Johor.
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Tingkat 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,
79582 Johor Darul Ta’zim.
TEL: +(607) 266 6987 / 6988
FAKS: +(607) 266 1623 / 1624
E-MEL: jkrjohor@jkr.gov.my
Jabatan Kerja Raya Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.