KATA ALUAN
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Allhamdulillah, syukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya merakamkan ucapan dalam halaman web ini. Halaman ini merupakan portal web rasmi bagi Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian yang memberi sumber maklumat tentang peranan dan fungsi yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami.
Sekalung Tahniah dan Syabas jua kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Pontian yang telah mengambil inisiatif untuk berusaha gigih dan bekerja keras ke arah merealisasikan wajah baru portal web JKR Pontian.
Saya berharap, portal web ini dapat digunakan sebagai medium komunikasi serta maklumbalas dalam memperoleh rujukan dan dapat dimanfaatkan oleh semua Warga Kerja JKR Pontian dan pelanggan khususnya masyarakat umum untuk mendapatkan pelbagai data maklumat dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak.
Usaha yang dicurahkan wajar diberi pujian kerana melalui portal web ini, ia menjadi sumber kepada jabatan untuk menyebarkan maklumat dengan cepat, pantas dan berkesan. Malah turut membantu menonjolkan identiti dan imej jabatan kepada kakitangan dan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada warga JKR Pontian secara keseluruhannya yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan yang dirancang dengan jayanya. Saya yakin dengan iltizam yang tinggi bersandarkan kesedaran untuk berbakti akan dapat memacu JKR Pontian mencapai objektif dan misinya dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati Allah S.W.T.
Sekian. Terima Kasih.
Ir. Sharudin Bin Ismail
Jurutera Daerah
JKR Daerah Pontian
OBJEKTIF & FUNGSI
Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-
- Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
- Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
- Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
- Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
- Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
b) Selamat digunakan
c) Kemudahan senggaraan
d) Mutu ketukangan (workmanship)
Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:
Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
- Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
- Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
- Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
- Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
- Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
- Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
- Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
SEJARAH

– AKAN DATANG –
SENARAI JURUTERA DAERAH PONTIAN

– AKAN DATANG –
CARTA ORGANISASI

– AKAN DATANG –
DIREKTORI

– AKAN DATANG –
HUBUNGI KAMI
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Tingkat 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,
79582 Johor Darul Ta’zim.
TEL: +(607) 266 6987 / 6988
FAKS: +(607) 266 1623 / 1624
E-MEL: jkrjohor@jkr.gov.my
PENAFIAN
Jabatan Kerja Raya Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
STATISTIK


