BAHAGIAN ARKITEK

KATA ALUAN

Ar Mohd Shahril bin Abdul Talib

Assalamualaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah, saya mengalukan kehadiran anda semua ke laman web JKR Johor, khususnya ke Bahagian Arkitek. Kegigihan anda melayari hingga ke laman ini amat dihargai dan semoga memperolehi maklumat yang bermanfaat.

Laman web Bahagian Arkitek ini diharap akan sentiasa relevan dari segi kandungan dan persembahannya. Antara maklumat yang akan dipaparkan adalah mengenai senibina dan inovasi terkini, selari dengan kepantasan gelombang IR 4.0, termasuk Drone Technology in Architecture, Building Information Modelling (BIM), Teknologi Bangunan Hijau (Green Technology in Building), IBS (Industrialised Building System), Rainwater Harvesting dan pelbagai maklumat lain berkenaan Senibina dan dunia Arkitek yang berkaitan.

Selaku Arkitek Penguasa JKR Johor, saya akan berusaha untuk memastikan laman web ini sentiasa relevan dan menjadi sumber rujukan kepada kakitangan dan orang ramai.  Orang ramai boleh merujuk segala pertanyaan lazim di segmen FAQ (Frequent Asked Question).

Sekian dan selamat melayari Laman Web JKR Johor

Ar Mohd Shahril bin Abdul Talib
Arkitek Penguasa JKR Johor

OBJEKTIF & FUNGSI

  • Menyediakan rekabentuk atau lukisan-lukisan lakar / persembahan bagi cadangan bangunan – bangunan baru / ubahsuai untuk projek bangunan kerajaan dan masjid seperti yang dikehendaki oleh kerajaan negeri.
  • Menyediakan rekabentuk untuk apa jua yang dirancangkan oleh kerajaan negeri umpama pintu-pintu gerbang, pentas-pentas, astaka, pagar berhias, dan
    perabot-perabot.
  • Menyediakan lukisan kerja senibina yang lengkap termasuk butiran-butiran (complete working drawings) untuk bil. 1 dan 2 yang telah dipersetujui untuk kegunaan tawaran, termasuk kerja ukur-mengukur bangunan sediada untuk projek pemulihan semula dan ubahsuai bangunan-bangunan tertentu.
  • Berbincang dan menyemak lukisan-lukisan dengan bahagian-bahagian lain seperti JKR Elektrik, JKR Woksyop, bagi menentukan kemudahan-kemudahan dan kehendak-kehendak teknikal untuk sesuatu projek bangunan.
  • Berhubung dengan pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Bomba, Jabatan Talikom dan Pejabat Keselamatan Negeri untuk nasihat dan keperluan teknikal yang dikehendaki bagi sesuatu projek bangunan.
  • Menguruskan pembinaan projek-projek bangunan yang utama seperti bangunan-bangunan Istana, Pejabat dan Mesjid Utama disekitar bandar Johor Bahru.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Ukur Bahan JKR Johor dalam menyediakan dokumen-dokumen tawaran dan seterusnya menguruskan pembayaran bagi projek-projek dibawah penyediaan Bahagian Arkitek.
  • Memanggil sebutharga untuk kerja-kerja kecil dan utama dan menguruskan perlaksanaannya ditapak hingga siap.
  • Menguruskan lukisan-lukisan piawaian yang diterima dari JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur untuk dicitak dan diedarkan kepada semua Pejabat JKR Daerah-daerah untuk kegunaan mereka memanggil tawaran bagi projek-projek persekutuan seperti Klinik, Pusat Kesihatan, Pejabat-Polis dan Sekolah-sekolah.
  • Mengendalikan urusan merekod, menyimpan serta mengawal lukisan-lukisan asal dan piawai bagi bangunan kerajaan negeri dan persekutuan lebih daripada 20,000 keping disamping kerja-kerja mencetak pelan.
  • Membimbing dan membantu pelatih-pelatih dari Institusi- institusi Pelajaran Tinggi yang membuat latihan dalam lukisan senibina atau binaan bangunan.
  • Mengemaskini dan menyimpan sampel-sampel bahan binaan dan katalog-katalog sebagai rujukan serta maklumat teknikal

ARKITEK NEGERI

1965 En. Sim Teh Hoo Beng
1971 En. Razak Hitam
1980 En. Tan Bok Lean
1984 En. Toh See Choon
1985 Tn. Hj. Mohd Amin Hashim
1997 Ar. Hjh. Fatimah Karim
1999 En. Yang Kiang Loo
2000 En. Baharuddin Jalil
2005 Ar. Hjh. Nor Ainy Juffrey
2007 Tn. Hj.Zahar Atan
2009 Tn. Hj. Zawawi Parjan
2012 Pn. Hjh. Zabidah Ahmad
2014 Ar. Mohd Nazli Ramli
2018 En. Imran Ariff Sulaiman

CARTA ORGANISASI

CO Arkitek2025

DIREKTORI

NONAMAJAWATANVOIP
1.Imran Ariff Bin SulaimanArkitek Gred J527014
2.Ar. Norazlina Bini JubariArkitek Gred J44 7015
3.Zulfadhli Bin IsmailArkitek Gred J44 7124
4.Nurul Sabanun Binti ZainiArkitek Gred J41 7017
5.Mohd Ghazali Bin Ja’afarPenolong Pegawai Senibina Kanan Gred JA38 7022
6.Sr. Azrul Hanafi Bin Abdullah SaniPenolong Pegawai Senibina Kanan Gred JA36 7011
7.Norhisam Bin SelamatPenolong Pegawai Senibina Kanan Gred JA36 7028
8.Liana Binti Amat@HalimiPenolong Pegawai Senibina Kanan Gred JA36 7009
9.Norliana Binti AliPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 7008
10.Siti Anisah Binti Md YusofPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 7029
11.Saral Mery A/P JosephPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 7020
12.Mohd Najib Bin RahamanPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
13.Nooraishah Binti KadirinPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
14.Nurul Ain Binti RamliPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 7026
15.Muhamad Ridwan Bin AhmadPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
16.Muhammad Noraiman Hakim Bin AhmadPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
17.Norliza Binti AnwarPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
18.Noor Syahirah Binti OthmanPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
19.Fatin Syazwani Binti JasmudinPenolong Pegawai Senibina Gred JA29 6978 / 6988
20.Nadia Elliani Binti NormanPembantu Tadbir Gred N226012
21.Nur Idayu Binti Mohd. RahisPelukis Pelan Senibina Gred JA196978 / 6988
22.Noor Syakira Binti AliPelukis Pelan Senibina Gred JA196978 / 6988
23.Nurul Nabila Binti Mohd Zol Pelukis Pelan Senibina Gred JA196978 / 6988
24.Siti Sarah Binti MuktatiPelukis Pelan Senibina Gred JA196978 / 6988
25.Mohd Farid Bin Abdul RashidPelukis Pelan Senibina Gred JA197002
26.Isuandi Bin IshakPembantu Awam Gred H146012
27.Hafizudin Afiq Bin Md YasinPembantu Awam Gred N116012
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content