BAHAGIAN
SENGGARA ASET NEGERI

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan, sokongan dan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk penambahbaikan laman web ini khususnya bagi Bahagian Senggara Aset Negeri JKR Johor.

Penjawat awam perlu memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan kemajuan teknologi yang kini semakin pantas membangun. Justeru, penggunaan laman web dalam proses kerja semasa Jabatan Kerja Raya dapat meletakkan jabatan ini sebaris dengan jabatan-jabatan lain dan juga sektor swasta.

Dengan adanya laman web ini, ianya akan dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan Jabatan secara maya khususnya dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti-aktiviti Jabatan kepada pelanggan dan orang awam.

Sekian, Terima Kasih.

Ir. KALAM BIN MOHD NOR
Jurutera Awam Penguasa
Bahagian Senggara Aset Negeri

OBJEKTIF & FUNGSI

Bahagian Senggara Aset Negeri adalah satu unit khas ditubuhkan untuk mengurus dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan kerajaan negeri, rumah-rumah VVIP kerajaan negeri, memantau projek-projek Istana, menyelaras persiapan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri dan menyediakan laporan-laporan kemajuan serta perbelanjaan projek berkaitan.

Bangunan-bangunan kerajaan negeri di bawah penyelenggaraan Bahagian ini:

  • Kediaman Menteri Besar Johor
  • Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan
  • Kediaman VVIP dan Kuarters-kuarters Kerajaan Negeri
  • Bangunan-bangunan Pejabat Kerajaan di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar
    • Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
    • Bangunan Sultan Ismail (Dewan Negeri Johor)
    • Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
    • Bangunan Dato’ Mohd Salleh Perang
    • Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi

PERKHIDMATAN

– AKAN DATANG –

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

NONAMAJAWATANE-MEL
1.Ir. Mohd Zafuan Arif Bin KadimJurutera Awam Kanan J48zafuan@jkr.gov.my
2.Akmal Hakim Bin IbrahimJurutera Awam J41 (Kontrak)akmalhakim.ibrahim@johor.gov.my
3.Hj Azman Bin Hj MuiranPenolong Jurutera JA29
4.Nor Hafizah Binti MadzinPenolong Jurutera JA29hafizah.madzin@johor.gov.my
5.Mohamad Zul Helfi Bin Abd MajidPenolong Jurutera JA29zulhelfi@johor.gov.my
6.Nurul Farah Ahsikin Binti AliPenolong Jurutera JA29 (Kontrak)farahahsikin@johor.gov.my
7.Mohamad Shaufidin Bin SharifPenolong Jurutera JA29 (Kontrak)shaufidin87@gmail.com
8.

Nadiah Nabila Binti AzharPenolong Jurutera JA29 (Kontrak)bellaazhar97@gmail.com
9.
Mohamad Sallehhudin Bin HashimPenolong Jurutera JA29 (Kontrak)
10.Norsha Izah Binti AhmadPembantu Tadbir (P/O) / N22 (TBK1)norshaizah@johor.gov.my
11.Sam Shaifulizan Bin Sham Mohd ShahidPenjaga Jentera Elektrik JA19 (Kontrak)sam.shaifulizan@johor.gov.my
12.Sharudin Bin AbdullahPembantu Operasi N14sharudin@johor.gov.my
13.Abd Jalil Bin Abdul RahmanPemandu Kenderaan H14
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.