CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK

KATA ALUAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya selaku Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi JKR Negeri Johor.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini secara berterusan.  Kami sentiasa terbuka menerima sebarang pendapat , cadangan atau aduan dari pengunjung laman web ini bagi menjayakan visi, organisasi dan merealisasikan perkhidamatan kepada semua pelanggan.

Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor sedia membantu pelanggan kami bagi mencapai matlamat dasar dan menyalurkan perkhidmatan yang lebih effektif dan strategik. Selain itu, pengunjung laman web ini boleh mendapatkan maklumat mengenai info, organisasi, visi dan sebutharga dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor di laman rasmi kami di platform media sosial.

Akhir kata, bersamalah dalam membantu kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mempertingkatkan mutu kerja untuk manfaat kepada semua.

Ir. Ts. Haji Kamaruzaman Bin Kasimin
Ketua Jurutera Elektrik Negeri
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor

OBJEKTIF & FUNGSI

Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Rekabentuk & Perolehan)

  • Merancang, merekabentuk dan mengurus perolehan bagi projek-projek kerajaan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan yang lain.

Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Elektrik)

  • Melaksanakan Projek pemasangan elektrik bagi agensi Kerajaan bermula dari merancang, mereka bentuk, mengurus tender/ kontrak, menyelia serta menyelaras semua projek projek pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhimatan lain.

Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Elektrik)

  • Melaksanakan kerja-kerja senggara bagi pepasangan elektrik mengikut piagam pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan peruntukan yang disediakan oleh jabatan pelanggan.
  • Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan elektrik kepada agensi kerajaan yang lain.

Perkhidmatan Pentadbiran

  • Melaksanakan urusan-urusan berkaitan dengan kakitangan, kewangan, dan teknologi maklumat. Aktiviti utama yang terlibat adalah mengurus pentadbiran am, kewangan, sumber manusia, dokumentasi serta pembangunan teknologi maklumat.

SENARAI KJEN JOHOR

1 Ho Fei Yinge 01/06/1970 – 25/06/1971
2 Goh Choo Nyh 01/07/1971 – 31/12/1973
3 Tang Pei Tee 01/04/1974 – 31/08/1979
4 Ng Kee Huat 17/09/1979 – 31/12/1983
5 Shu Sing Pang 01/01/1984 – 31/03/1984
6 Cheah Ain Chuan 16/04/1984 – 30/06/1990
7 Ahmad Mokhtar B. Che Man 01/07/1990 – 30/01/2000
8 Tn. Hj. Mohd Rashid B.Ishak 11/12/2000 – 01/09/2014
9 Ir. Hj Roslee Bin Md Saad 01/10/2014 – 04/01/2016
10 Md Yazid Bin Aris 04/01/2016 – 04/10/2021
11 Ir. Ts. Hj Kamaruzaman Bin Kasimin 01/01/2022 – Kini

SEJARAH

JKR Elektrik Johor telah ditubuhkan pada awal tahun 1972 bertempat di Workshop Negeri, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Jabatan ini menjalankan pengurusan pentadbiran dan projek. Pada tahun 1973, Bahagian Penyelenggaraan telah ditempatkan di Blok Yard, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Ianya bertujuan untuk menjalankan operasi penyelenggaraan di bangunan-bangunan kerajaan.

Pada pertengahan tahun 1976, Bahagian Penyelenggaraan dan pentadbiran telah ditempatkan di dalam satu bangunan di Jalan Kebun Teh bagi memudahkan sebarang proses yang dijalankan. Namun, pada 1 Oktober 2011, Cawangan Kejuruteraan Elektik Negeri Johor telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di Kompleks JKR Johor 2, Taman Nusantara, Gelang Patah Johor. Majlis penyerahan bangunan baru tersebut telah diadakan pada 24 April 2012 yang telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Johor, Dato’ Ir. Hj. Abu Bakar Bin Ahmad.

DIREKTORI

  • CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK JKR JOHOR

    Kompleks JKR Johor 2,
    Taman Nusantara,
    81550 Gelang Patah, Johor.

  • TEL: 07-5104 397 / 398
  • FAKS: 07-510 4458
  • E-MEL: jkrenegj@jkr.gov.my
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content